Saturday, November 30, 2013

AKU,SAYA,KITE...

Salam sejahtera...

''Esok cuti! Yesss...esok saya nak jalan2 ke Low Yat . Saya nak beli set PC baru utk ofis baru saya... .''

''Lepas tu aku nak jalan2 beli barang2 keperluan utk butik. Nak beli cash register la...hanger la...hook la...itu la ini la. Macam2 lagi... Rasanya mungkin sepanjang hari aku akan BZ. Haish~''

''Teringat plak nak kena set up tempat utk vendor butik kite esok. Alamak hai...sempat ke kite nak buat semua esok??? Kena kerja non stop la kite esok. Adeh...sakit pinggang kite...''(tetibaa...) hahaha....

Hahaha...ade perasan ape2 tak kat tiga potongan ayat aku kat atas tu? Yes...betul. Kata ganti diri yg biasa digunakan oleh individu utk membahasakan diri mereka. Macam aku...aku lebih senang dengan 'AKU'. Sebabnya aku dah biasa sejak dari kecik lagi. Maklumlah..keturunan jawa. Penggunaan 'AKU' memang nmpak kasar. Tapi bagi orang jawa ianya dah jd kebiasaan... Kalau dengan member rapat memenag 'aku kau' je...heh heh heh...

Aku cuma guna 'SAYA' kalau dengan org lebih tua, pompuan (aweks2..) atau yg baru kenal. Kalau dia mulakan dengan 'AKU', maka seterusnye aku akan guna 'AKU' gak la. Kan lebih rapat gitu...hahaha...

Macam kata ganti diri 'KITE' tu aku biasa dengar kalau ade group2 budak pompuan yg bersembang antara diorang. Contoh yg aku selalu dengar ialah adik pompuan aku. Memang 'KITE' itu 'KITE' ini je la..haha...

Kata ganti diri lain yg available ialah penggunaan nama sendiri...yg biasanya aku lihat bila pompuan berkomunikasi. Kan? Aku nak try guna...tapi aku rasa janggal...huhuhu~

Apa pendapat korang?

Sekian, wassalam~




Friday, November 29, 2013

Blogger's Birthday Segment

Salam sejahtera!

Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 19 May

Klik banner untuk turut serta memeriahkan lagi segmen ni.
~


Thursday, November 28, 2013

KAT LUAR HUJAN, KAT DALAM GELAK!

Salam sejahtera semua...


Hujan lebat.

Basah kuyup.

Kesejukan.

Kelaparan.

Kebosanan.

Jom layan...

Tonton online. Klik image. Layan~


Sekian~

Hujan belum gak reda. =___=''


GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang

Salam Sejahtera


Klik banner utk JOIN ye...
Ni dia. Cabaran berpantun plak kali ni. Dah lama aku tak berpantun. Setakat pantun dua kerat tu memang takde hal la. Hehe... makanya..ni pantun aku dengan memasukkan syarat nya ''kasih sayang''. Enjoy~

Menyelam di laut terhantuk sauh,
Lemas tak timbul terkapai-kapai,
Nak ku dakap kasih yang jauh,
Sayang sekali tangan tak sampai.

.......................................................................................

Pergi kedai beli selasih,
Tertinggal duit dalam kereta,
Aku bukannya pilih kasih,
Sayang aku sama rata.


Sekian, wassalam (^0^)>



Tuesday, November 26, 2013

ADA APA DENGAN HIJAU, KUNING DAN MERAH?

Salam sejahtera,
Sihat ke semua? Aku tengah blur sangat2 pasal fungsi lampu isyarat yg ada ni.  
p/s: ini sekadar pengetahuan am ekonomi rumah tangga..(pulakkk dah... XD)

Ni namanya lampu trafik gitu...
 
Aku cuma nak kan penjelasan daripada driver2 atau penunggang2 yg ade kat Malaysia ni. Apa yg korang paham dengan warna2 trafik light? Secara ringkasnya ape yg aku paham ialah, (betulkan kalau aku salah):

HIJAU - Jalan dengan senyuman sebab sempat sampai rumah utk makan malam.

KUNING - Tekan pedal minyak atau pulas trotel utk sampai dulu ke garisan penamat.
 
MERAH - Berhenti sambil dengar radio, atau main pou.

Ni ape yg aku paham lah. Tak tau lak kalo ade makna lain. Kan??

Sekian, wassalam.





Giveaway Peserta Bertuah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Monday, November 25, 2013

KOLEKSI HASIL KERJA: ILHAM DARI MINAT

Salam sejahtera semua...

Entri kali ni aku nak share minat sebenar aku. Iaitu melukis...dan kat bawah ni adalah antara hasil karya aku. Masa2 lapang yg aku ada selalu aku selitkan dengan melukis. Kadang2 ntah apa2 subjek jadi bahan aku. Orang kata...idea datang tak kena tempat. Time tido pun idea datang. Kan....??

Antara komik2 pendek yg aku hasilkan...


Kepada sesiapa yg suka baca komik2 camni boleh la melawat ke mofude-rizaru . Sambil2 tu komen yg membina amatlah aku harapkan. Untuk baiki mana2 yg aku kurang. Kite ni kadang2 tak sedar kesilapan kat mana sampai la ade yg tegur. Kan?

JOM RAMAI-RAMAI SINGGAH. MEMBACA AMALAN MULIA. BUDI BAHASA BUDAYA KITA. (tetibaa...)



23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz

KLIK SINI UNTUK JOIN
^^

MOOD: MONDAY BLUES

Salam sejahtera semua...
Amaran: Entri tak berapa nak waras. Haha

Hari ni memang mood yg LEMAU tak hengat punya. Hari Isnin la kan...MONDAY BLUES org kata. Hehehe... . Saje2 blogwalking sambil siasat siapakah antara nuffnagers yg telah sudi ke blog ni. Alhamdulillah...ade peningkatan dari segi ekonomi rumah tangga. Lalala~ Terima kasih pada yg bermurah hati dan ringan jari utk kilk2 ads atau kempen2 berkaitan. Tq sooo much. InsyaAllah aku akan cuba membalasnya. ^___^. Semangat utk terus berblogging. Yeah~

Tq ~ thehehehe...

P/S: BAHASA YG DIGUNAKAN SANGAT PASAR. JANGAN TIRU UNTUK KEGUNAAN URUSAN RASMI.


End Year Giveaway by Sabrina SA & Nur Farizah

Sunday, November 24, 2013

SENJATA BAPAK MENGAJAR ANAK!

Masa aku tengah rehat2 sambil makan bihun goreng...aku terfikir sesuatu. Dan aku tersenyum mcm mamat sewel sorg2 kat ofis... . Apakah ia? Ni dia...senjata rahsia yg biasa bapak aku guna utk ajar anak2 dia terutama yg lelaki lah. Hahaa...

Tamparan ala kamen rider
TANGAN.
Paling afdal gitu. Tanpa diduga terus je bagi kat pipi ku yg tak gebu ni. Heh...kebas pipi. Mana taknya, tapak tangan peladang sawit...kasar. Tapi tak tinggal parut pun kat pipi ni.

Alat keselamatan dari terlondeh
TALI PINGGANG
Biasanya akan dapat bila lambat balik rumah. Terutama bila time makan tengahari. Kalau dah nampak dia tunggu depan pintu tu...memang kena persiapkan diri je lah...pedih tu kena libas... . Tapi takde plak kesan kat belakang badan aku ni.

Bukan cikgu je ade
ROTAN
Senjata ni yg paling sinonim skali. Tatkala mengaji atau time dia cek kerja sekolah yg cikgu bagi. Apatah lagi time dapat report kad. Heh...dapat markah yg dia tak puas hati sekali libas. Huhu~ birat ponggong. Tapi kesan tu tak ada dah skang ni.


Selain utk hijaukan laman

GETAH PAIP/PENERAJANG.
Senjata ni bila dah tahap ekstrim kesalahan yg aku dah buat. Contohnya terkantoi curi makan kat dusun orang. Hahaha...jahat betul masa aku muda dulu. Ececeh... seingat aku cuma getah paip je pernah melekat kat blakang badan. Penerajang tu belum dapat lah. Tak mungkin sampai macam tu. Bapak mana tak sayang anak kan...? Hew hew hew hew~

Walau teruk mane pun aku kena belasah ngan senjata2 ni semua, takde tinggalkan parut pun. Yang tinggal cuma pengajaran yg aku dapat. "Jadilah anak yg baik". Walaupun tak perfect. Heee... . Kalau dibandingkan dengan sekarang...haih...jeles jugak aku. Kena berdiri atas kerusi pun nak buat report. Nak saman bagai. Aku pun nak jgk muka aku ngan bapak aku masuk paper sbb nak saman sekolah. Untung la...aku dilahirkan pada waktu dulu. Bukan sekarang.

Sekian, wassalam.



Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com

Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom join Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com sejumlah RM255 Topup untuk dimenangi! Klik banner atau klik SINI untuk join !

Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com dianjurkan oleh Mojat dan disponsor oleh Adam Faiz,Fatin Farhanah,Munirah Rahman,Aina roseberry,Ana Ahmad,Cik Amal,Kasih Lestari Abadi,Anis AMira,Izyanyancinnamon,Maisarah,Hawa Syazana dan coretanku inpirasiku !


MISI MI KARI KETAM SELESAI!

Mi Ketam KL yang sedap tu...

Salam sejahtera semua...*wink wink* ;-)

Sebelum ni aku ada bagi tau aku dalam misi nak pekena Mi Kari Ketam kat Seksyen 7 Shah Alam kan. Haha... Hari ni misi terlaksana. Terima kasih kat member yang sudi bawak JJCM walaupun niat asalnya nak jumpa member kat situ. Hehehe...rezki...Alhamdulillah. ^__^.

Nilai hidangan RM9.50 semangkuk. Ni ketam biasa je. Kalau nak ketam nipah, kena timbang. Sekilo RM6.50. Bagi sesapa yg memang 'antu' ketam atau seafood boleh try singgah. Berbaloi. Tapi skali skala boleh la...hari2 bedal santan muak lak. Lokasi kat belakang Unisel seksyen 7 Shah Alam. Pusing je area tu sampai nampak signboard MI KETAM KUALA LUMPUR.

p/s: next gaji nak try ketam nipah. Dah lama tak rasa sejak dok bandar ni. Heh heh heh...

>>>>>>>>> NI ADALAH IKLAN PERCUMA. SEKIAN. ^____^''




Saturday, November 23, 2013

BLOGWALKING!

Salam sejahtera semua...
Imej hiasan je. Credit to the owner.
Haii...senangnye dalam hati...bila kabel internet yg putus dek kena himpap dahan rambutan dah selamat disambung balik. Now back online! Yeahhh!! Hari ni aku just join GA dan blogwalking je. Tadi dah kemas new ofis sebelum masuk Disember nanti. Mana yang sempat aku klik-klik dah. Yang belum tu...tunggu aku betul2 punya banyak masa erluang...aku skodeng satu2...hahahaaa....

Sapa2 yg sempat singgah tu boleh la penuhkan tabung yg baru aku dapat ni ye...hehehe....tq3~ 
Klik Klik~ Tuu...kat bawah sana tuu..trima kasih~

*Ehh...jam 4 pagi dah...adoii..tak perasan...nanti nak bukak kedai plak...tido2~....

Wassalam...


GA NOVEMBER BY DEDEQ

*
Assalamualaikum

Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim .. malam ni dedeq lancarkan satu GA NOVEMBER by DEDEQ ..

Tarikh mula 13 november 2013 - 30 november 2013 (12am)



Hadiah
Top Referral - Jubah Dress x 1 dan Peplum labuh x 1

43 SENARAI HADIAH yang akan diberikan kepada yang BERTUAH
*

NAK JOIN? SILA KLIK BANNER. 

Wednesday, November 20, 2013

TRAGEDI PADA WAKTU AKU BUNTU...

Hari ni kesihatan agak low skit. Semalam pergi keje kene hujan. Balik pon sama... . Jadi hari ni otak ni tepu skit. Tak dapat nk pikir entri yg best2. So hari ni aku just blogwalking je la. Tinggalkan jejak kat sana skit...sini skit... . Klik ad sana klik ad sini. Tolong nak penuh kan tabung org. Hehe. Tapi...ni bukan sebab utama aku buat entri ni...haa...

Alkisahnya...tengah jalan2 kat blog tadi...hujan pun turun dengan lebatnye. Siap angin kau...ha... Sib baik takde kilat guruh bagai. Masa nak publish komen kat satu post tu...tetiba server cant be found (lebih kurang camni la). Pulak...aku refresh2 same gak. Terus aku cek line tenet. Aih...oren? Aku off then on blik. Pon sama gak. Apasal lak ni. Tiang tumbang ke? Time tu aku dengar suara bebudak main hujan. Aku gi jenguk jap. Adoyaii...patut la line tetiba putus... . Rupanya kabel putus akibat dihempam oleh dahan rambutan yg telah patah akibat ditiup angin tadi pun... . Cis cis cis. Marah aku dlm hati sebab tak dapat join bebudak tu main hujan sambil memakan rambutan yg manis itu. Haha...pulak dah... .

Aku terus call TM utk report. Gune henpon gak. Line fon tm takde. Dengan kredit tak banyak aku call. Waktu tu geram plak dengan iklan2 dia. Nak marah pun tak guna. Dah tu plak nak submit report pun aku kena tunggu lagi. Pasang la lagu sedap skit kan..tak la tension aku dibuatnya... . Tengah tunggu pap! Kredit abes. Aduuuiii...geram! Kuar g bli topap kat stesen petrol. Celcom Rm10, 2. Balik umah tengok resit topap tu...lah...satu resit maxis? Aduuuii... . Kenapa la hari ni... . Dah jatuh ditimpa tangga gayanya. Huhu...

Akhirnya...report dah buat...dlm tempoh 24 akan ada yg dtg servis... . Tapi...esok semua isi rumah keluar gi keje... aduiii....

Sekian kisah tragis aku hari ni. (Tragis lah sangat...ekekeke....)

NABIHAH AHMAD GIVEAWAY

Tuesday, November 19, 2013

CPUV PERTAMA DARI NUFFNANG??!!! BETUL KE BOHONG?

Salam semua...
Aku memang tak tau sangat pasal Nuffnang ni. Dan aku tak berapa tau sangat pasal CPUV ni. Tapi dari apa yg aku baca kat entri para blogger yg dah lama dlm bidang blogging ni...CPUV NI ialah sesuatu yg menguntungkan selalu dinantikan oleh para blogger. Banyak entri aku telaah utk dapatkan tips mcm mana nak dapatkan CPUV ni...lama jugak la aku praktikkan apa yg blogger kongsikan...dan hari ni... 19 November 2013, aku log in ke nuffnang. Ntah kenapa tergerak hati nak tgk earnings aku. Pap! Antara caye ngan tak je. Ade satu...??? Adakah...adakah...aku bermimpi? Nampaknya mcm betul2 kejadian bukannya cobaan. Heee....nin dia...

Jeng jeng jeng...hehe...
Ni lah campaign pertama nya. Klik kalau jumpa ad ni oke? hehehe
Alhamdulillah lah. SONY tengah buat promosi akhir tahun ni. Kepada yg suka produk dari Sony, boleh la check schedule roadshow diorang. Ada mcm2 tawaran hebat & freebies. Haaa... Jadi...aku tak berapa pasti nak buat apa dah...cuma sudi-sudikan lah klik2 ye. Nak jugak menabung. Nanti aku belanja jajan. Hehee... Semakin bertambah semangat aku nak terus berblogging. Lagi pulak dah dekat nak masuk kedai sendiri tak lama lagi. Weee....~ lompat bintang...haha...
Terima kasih kat advertiser dan jugak nuffnang!

p/s: maaf ye. agak tersampuk skit dek kegembiraan ni. lalala...



AKU TAHU KAMU SEORANG YANG PENYAYANG

Rasanya aku tak perlu nak cerita panjang. Harap sesiapa yg baca entri dapat  luangkan skit je masa korang utk baca kat gambar screenshot yg aku terima dari seorang kawan. Kenangkan sekejap nasib mereka. Selebihnya korang tanya hati masing2 untuk buat keputusan.





Sama2 lah kita hulurkan bantuan. Walau sekecil mana pun sumbangan kita, amatlah besar bagi mereka. Terima kasih kepada yg sudi luangkan masa. Mohon korang kongsikan jugak info ni...sebab AKU TAHU KAMU SEORANG YANG PENYAYANG~ 

p/s: aku terbayang nasib mereka kat sana...*tetiba byk pulak habuk masuk mata ni..huhu*


Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B

Assalamualaikum



Mini GA ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul Like untuk Baby Zara Soffiya Di dalam Contest Baby Di Facebook.

Syarat syarat Penyertaan yang amat mudah iaitu :-

1-Like Fanpage di sini >> 3B
2-Like Gambar Baby Zara di sini >> Facebook
3- Buat Entry Bertajuk "Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B"
4-Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5-Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entry ini


Mini GA ini berlangsung pada 18hb November hingga 12.00pm 24 November.



Pemenang akan dipilih melalui Random.org

Terima kasih


Monday, November 18, 2013

DORAEMON 3D!!!

Tengah aku dok belek2 FB...boleh plak terjumpa ni. Video clip dari filem Doraemon yg terbaru! Sape tak kenal ngan watak kucing comel ni? Ce kabo mari. Hehe... Kali ni dalam bentuk 3D! Waaahhhhhh!!!! Sukanya aku...!!! Hahaha...mana taknya...terimbas zaman aku kecik2 dulu. Sampai masa terus dok terconggok depan tv. Sampai kadang2 kene beduk ngan bapak aku sebab tak mandi lagi. Hahaha...haih...kenangan...kenangan...

''STAND BY ME''. Tajuk yg diberi. Tak tau ape yg dicakapkan kat video ni sbb takde subtitle. Tapi aku macam paham. Korang pun paham2 sendiri sudah la. Hehehe...
 
 

Dari clip ni aku rase akan ade yg nangis nanti kalau tengok. Heh...soundtrack pun mcm best je. Huhu~
Nantikannya 2014 nanti. Heh~



Nov Giveaway by http://farra-izzaty.blogspot.com/



Assalamualaikum..
Senarai sponsor Giveaway ini ;

Pemilihan Pemenang menggunakan Random.org.Semua peserta berpeluang menang!
13.11.13-1.12.13




PERILAKU YANG BIASA CUMA TAK PERASAN

"Pakai earphone dan pasang volume kuat-kuat. Pastu buat2 tido". Salah satu cara nak elak perbualan. Biasanya kalau ada perselisihan faham antara individu. Korang perasan tak? Mesti ade yang buat camni gak kan? Banyak lagi reaksi camni cuma kite tak perasan...dan ada antaranya kita sendiri buat. 

Gmabar hiasan je
 Cuma kadang2 kita tak terfikir pun nak mengelak sampai ditanya "kau marahkan aku ke?". Walau kita cakap TAKDE LAH, tapi susah nak percaya. Jadi kalau kita betul tengah marah atau ape2 je...jujur je lah. Cakap je "ye, aku tengah marah @ sakit hati @ bengang dengan kau". Kan lebih baik? Sebab kita pun tak tau ape yg orang lain fikir...dan jugak sebaliknya. 

Ah...aku pun dah tak paham dah ape yg aku merepek ni. Ape yg aku cuba sampaikan adalah bagitau je la ape yg terpendam dalam hati tu. Jangan simpan...dan jangan la nak timbulkan sesuatu yg tak ada sebab hati tu ada mengatakn sesuatu...akibatnye nanti ade yg "sumbat telinga dengan earphone dan buat2 tido"... Peringatan jugak utk aku. Sementara ada masa ni...jagalah jalinan hubungan antara keluarga & sahabat sebaiknya. Rugi kalau diputuskan atas alasan yg tak munasabah... .


Sunday, November 17, 2013

"NOAH"..LEPAS KE MASUK PANGGUNG MALAYSIA???

Tengah dok baring2 sebelum nk lelap...belek2 youtube jap. Eh...trailer filem NOAH la. Aku pun tengok la... . Wah...cam menarik je..(nak tengok gi cari sendiri ye. Hehe...) Tapi...tetiba terlintas satu persoalan. Lepas ke filem ni kat Malaysia. Sebab aku rase...sblm ni mane2 filem yg bersangkut paut kisah2 agama ni mmg kantoi punye....

Aku pun taknak la cakap banyak sbb aku pun tak pandai mana pun dan aku pun tak tau sama ada filem ni tengah tunggu turn nak ditayangkan kan... aku tau tengok je. Ape isi kandungan filem tu aku tak pikir pun. Kirenye macam aku just tengok dan lupe bile keluar panggung. Hahaaa...apa la...

Well...tunggu je lah nanti ok... aku harap coretan pendek aku lg merapu ni takde nak singgung mane2 pihak ye. Heee....
^_______^"

Saturday, November 16, 2013

Wednesday, November 13, 2013

BERLEMBUT PUN BOLEH BUAT ORANG IKUT ARAHAN.

Bukan aku nak bangga atau riak. Tapi ape yg aku dah belajar sepanjang 6 tahun aku keje kat pasaraya ni. Dah mcm2 kerenah manusia aku jumpa. Mase aku mula2 dinaikkan pangkat, aku dah mula rasa bangga gilee... "pasni boleh la aku marah2 orang". Yess...ni yg aku fikir dulu..hehe. jahat...jahat....
Tapi...disebabkan aku ni kecik kurus keding...aku nak marah staf yg badan besau tak brani. Skali kene karate rusuk...berderai...huhuhu... jadi aku guna cara lain. 
Ilustrasi cume hiasan semata...
Aku mendekatkan diri dengan staf. Aku letak pangkat aku same level ngan diorang...dan memang ade yg bersuara. "Jangan baik sangat dengan staf...nanti diorg pijak kepala..." Ye memang betul. Tapi aku tak kisah. Aku cuba...dan cuba...dan cuba...ku cuba dan terus mencuba...haha...terlayan lagu plak dah. Sikit2 aku saiko diorang. Care aku? Bila staf ade masalah, aku akan tanye. Cuba bantu ape yg mampu. Kiranya aku mendekati diorang ni. Heart to heart la kononnye. Lama kelamaan, diorg akan rase segan. Mungkin sebab rase terhutang budi atau ape2 je...diorang bertindak atas arahan. Lagipun, diorang dah besar...layan la macam orang dah besar...Alhamdulillah.. . Skang senang keje aku. Cakap ape yg perlu. Selebihnye diorang akan pikir dan buat. Sonang koje kan...?
Ilustrasi cume hiasan semata
Sekarang, aku dah tak perlu nak tinggikan suara utk bagi arahan. Tak payah nak naik hangin atas perkara2 kecik. So far, kebanyakan staf dengar cakap aku. Tak payah ulang banyak kali. Baik yg local atau foreigner. Heh heh...perasaan bangga tu mesti ade...kannn??? hahahaha.... Tapi ape kan daya...jodoh tak lama dengan pasaraya. Aku kene gak tinggalkannye...bila peluang dah ade depan mata...kena la sambar. Jadi tu lah. Takyah la nak pekik telolong nak maki hamun orang. Sedangkan sendiri pun blm tentu betul. Jangan belagak dengan pangkat yg korang ade. Yang buat keje lebih orang bawahan korang. Jaga la hati diorg. Diorang pun manusia gak kan...??

Sekian, wassalam...
Ehh....??? 


ANNUAL DINNER SIMPLE SEMPOI...

Macam yg dijanjikan...julung kalinye anual dinner kat tempat baru...(kene transfer..). Annual dinner ni sendiri2 set up. Kompeni takde nak taja ape2 pn. Tu pasal la selamba je buat kat area parking. Hahaha...tapi meriah gak la walaupun banyak lagi kekurangannye...maklumlah...lepas keje terus nak setup... saksikan la skit rentetan perjalanan ANNUAL DINNER SIMPLE SEMPOI....heh~
Kek aiskrim Vanila. Sedap tapi keras sbb letak dlm freezer. Sib baik tak patah pisau plastik...haha
Antara menu yg dimasak. Ni sampingannye. Menu utama is Briyani. Lazat...
Jom makan...
Konon rilek je...tak tau tengah kebulur...hehehe...
Pas makan, bagi hadiah kat pekerja terbaik setiap department...aku...takde. Heh

Hadiah sponsor. Besau2 ko...
Dan bergelak ketawa ramai2...
Pastu ramai2 kemas tempat dan balik...aku sampai rumah jam 2 pagi... ade aku kesah...ye tak? Hahaha...
Mengarut saje... .

Tq semua. Enjoy gak malam tu. Next year...buat lebih grand. Tapi aku dah takde la nak join...hhuhuhu...


Tuesday, November 12, 2013

HADIAH! HAMPER! GOODYBAG! GIVEAWAY?!

Banyaknye hamper....banyaknye hadiah. Untuk ape ni? Giveaway ke? Wah...macam best je ni. Nak join? No no no...ni memang giveaway...tapi bukan untuk para blogger sekalian tau. Ni utk staf pasaraya tempat aku keje ni...hehehehe...malam ni ade annual dinner...semua dapat semua rasa. Jap lagi aku update lak bila dah start event tu ye...fufufu....

Jangan mara haa....

MISI MEE KARI & BIHUN SUP!!!

Kalo cakap pasal makan semua orang suka...tak gitu? Ha...kat sini aku nak share skit makanan feveret aku. Mee Kari & bihun sup antara dlm list aku lah. Kalo dah kata feveret mesti la cerewet bab rase. Betoi? Yes..aku memang cerewet. Hahaha....abes la bakal bini aku nanti...

Setakat ni, aku belum jumpa mana2 kedai yg jual mee kari yg jadi poojaan hati ku. Last aku makan yg betul2 sedap kaw melekat...kat umah member aku. Bini dia masak. Tu je. Nak mkn selalu...takkan nk mintak bini dia mskkan lak...? Haha. So pencarian diteruskan... Satu hari jumpa restoren ade jual mee kari udang galah kat Tasik Permaisuri. Rm8.50 semangkuk...tapi kantoi...cair je kuah. Huih..geram kau...huuhu...

Mee Kari Udang Galah...menarik pada rupa...rasa..hmm...
Tapi aku bernasib baik la sebab ade port nak pekena bihun sup. Memang aku makan tiap2 minggu...kat pasar malam hari isnin. Bagi aku sup dia memang best. Daging dipotong dadu. Tambah cili kicap ngan cili jeruk. Perghh! Meleleh peluh beb! Heheee...Lokasinye kat pasal malam hari Isnin shj. Di kg melayu subang. Betul2 tepi jln utama. Sape2 yang tau...boleh try. 

Ok. Pencarian mee kari diteruskan lagi. Target lps ni mee kari ketam kat seksyen 7 shah alam tu. Ramai org ckp kat fb, mee kari nye best. Tunggu aku dtg ye...yumm yumm...

P/s: kalau korang ade port yg best...share2 la...terutama mee kari. Tapi area KL ngan Shah Alam je la eh...jauh2 tu..tggu time aku gi holiday baru cari. Hehehe....

Saturday, November 09, 2013

MEMBER ADA BISNES...AKU COMING SOON.

Makin giat skang ni. Member2 skolah sorang demi sorang menceburkan diri dlm bidang perniagaan. Aku? InsyaAllah...sedang dalam proses. Tak lama lagi dah. Semoga dipermudahkan semua urusan...
Ni carwash member aku. Bertempat kat stesen mobil felda mempaga. Sesaper yang ada lalu kat sini boleh singgah kalo kete kotor...Amiemar Enterprise.
Ni la carwash member...
Mobil Mempaga. Satu2nya kat sini.

Thursday, November 07, 2013

APE YANG TAK KENA. CE TEKA...TEKA LA...

Aku tak pandai menyanyi...aku tak pandai menari...eh eh...ape kaitan ntah...hahaha... aku tak pandai nak nilai. Ape la yang tak kena ngan gambar ni ye?...hehe...

Masa ni...dia dengan selamba je mencelah kona baeekk punya. Sib baik aku slow. Kalo tak dah sodok blakang dia. Hahaha...Tak ke terer tu? Haa...kao hado? Tahniah! Anda pemandu Malaysia yang dicari selama ni. Yay...tepuk tangan ramai2.... 

MEETING & BLAJA AKAUN!

Malam tadi meeting penting untuk aku ngan ahli lembaga pengarah lain. Ceewah...haha.... lokasi kat sebuah butik yang memang 'gojes'. Cam cantek je cam comel je...hahaha...

Ni la butik tu...shantek kan??
Kaki terjuntai tu milik sape? Ayokk...
Pas citer pasal marketing...nah...blaja akaun plak dah. Walopun simple je..tapi aku memang kureng bab nombor ni. Hehehe...tapi bole la paham skit2... Meeting abes jam 1 pagi. Fuu...ngantuk tapi puas hati. Hijrah aku! Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Ni che gu yg ajar akaun...serabai tapi terer weh...hehe
   

Mari la singgah mari ke butik ni...

Bifa's Collezion
No 25-1, Jalan Tasik Utama 8,
Medan Niaga Tasik Damai,
57000 Sg Besi,
Kuala Lumpur.

Singgah jangan tak singgah...*wink2~
>_____<