Saturday, August 22, 2015

SEHATI SEJIWA

Salam sejahtera.

Tak lama lagi nak sambut Hari Kebangsaan ke-58 dah. Atau perkataan popularnya Hari Merdeka ke 58. Tahu tak ape tema tahun ni? Ye...SEHATI SEJIWA (betulkan kalau aku salah, jangan hentam). hehehe.
Okeh, sempena hari bersejarah tu aku nak kongsi DOODLE ART aku nih. Ni sebahagian daripada 'group challenge' untuk hasilkan doodle bagi menyuarakan isi hati masing2 tentang tema merdeka tahun ni, Jadi...ni lah hasil idea yang keluar dari otak aku.



SEHATI SEJIWA. Aku teringat cerita BUGS LIFE (1998) terbitan Disney PIXAR yang mana koloni semut yang ditindas oleh group gengster belalang tu. Yang penah tonton mesti tau kan kesudahan cerita tu? Ada antara skrip/dialog dalam cerita ni yang aku kaitkan dengan doodle aku ni. Antara...

1. Babak ni masa kantoi burung yang attack tu cuma burung buatan, idea si Flik ni..dan Flik kene belasah dengan Hopper.
Hopper: Let this be a lesson to all you ants! Ideas are very dangerous things! You are mindless, soil-shoving losers, put on this Earth to serve us!
Flik: You're wrong, Hopper. Ants are not meant to serve grasshoppers. I've seen these ants do great things, and year after year they somehow manage to pick food for themselves *and* you. So-so who is the weaker species? Ants don't serve grasshoppers! It's *you* who need *us*! We're a lot stronger than you say we are... And you know it, don't you?

2. Babak ni masa geng Hopper tengah santai-santai lepak, timbul isu 'kenapa nak patah balik ke pulau koloni semut tu' dengan alasan mereka (semut) cuma makhluk kecik je. Hopper benamkan 3 ahlinya di bawah timbunan bijian. Lalu berkata...
Hopper: You let one ant stand up to us, then they all might stand up! Those puny little ants outnumber us a hundred to one and if they ever figure that out there goes our way of life! It's not about food, it's about keeping those ants in line. That's why we're going back! Does anybody else wanna stay?

So, dari sini la aku simpulkan dan kaitkan tema merdeka tahun ni dengan doodle aku. Kumpulan semut iaitu kita rakyat, atau dalam doodle ni aku gambarkan kumpulan penggiat seni (sebab pegang pen lukis), bersatu bersama mengibarkan jalur gemilang yg mewakili Negara. Menentang yang tak betul. Tapi ia sekadar cakap-cakap je la. Kalau betul rakyat ni bersatu macam semut semut tu, yang BESAR pun boleh tumbang. Cuma masing masing kena main peranan la kan.

Sori la ye. Agak panjang sikit entri kali ni. Hehehehe....cuma nak kongsi pendapat. Kalau nk diikutkan banyak lagi yang nak disampaikan. Cuma taknak sentuh sensitiviti pihak tertentu pulak, kan? Paham2 je la. Cuba tengok BUGS LIFE tu dan cuba serapkan dengan situasi NEGARA kita sekarang ni. Pikir dalam2 sikit, dan korang akan dapat tangkap maksud yang aku cuba sampaikan dalam entri ni. Hehehe....

p/s: aku bukan pakar dalam berkata-kata, tak pula hebat dalam debat. Jadi ringkas ringkas je la, asalkan dapat difahami. Tak paham boleh PM kat FB www.facebook.com/rizal.paperbaghead
.

Sekian.


No comments:

Post a Comment