Monday, August 17, 2015

LUAHAN HATI DI GALERI SHAH ALAM

Salam sejahtera,

Sempena bulan kemerdekaan ni, Galeri Shah Alam bersama Doodict anjurkan event dengan tajuk DOODLE MERDEKA SEHATI SEJIWA. Event ni diadakan pada 16 Ogos 2015 dari jam 10 pagi sampai jam 4 petang. Ada pertandingan mendoodle di atas drum kayu dengan cat minyak yang diserta 4 wakil IPT dari UiTM, Kolej Komuniti Shah Alam, MSU dan KLMU.

Aku pun join skali dengan geng geng doodle lain mendoodle di atas kanvas panjang untuk membentuk JALUR GEMILANG. Aktiviti dibuka untuk orang ramai sama-sama meluahkan isi hati dengan mendoodle atas kanvas tu. Di sini aku share sikit gambar-gambar yang sempat aku capture masa aktiviti mendoodle jalur gemilang dengan henpon Samseng Mega dan dari sumber-sumber lain. Enjoy!


Masing-masing tekun mendoodle.





Masa ni silau sangat. Agaknye la...hehehe

Ni kononnya nak ambik gambar melompat tapi...

Hasilnya...memang panjang. Huh~

Banyak lagi gambar tentang event ni. Boleh tengok kat sini ----> Doodict atau di sini jugak ----> Galeri Shah Alam.

P/S:Kalau nak aku upload alamatnya panjang berjela la. Nanti malas pulak korang nak scroll...sebabnya semua ada muka kacak ku ini. Hhahahahaha....

Kena banyakkan lagi aktiviti-aktiviti macam ni di Galeri Shah Alam ni supaya galeri ni 'hidup' semula. DAN memupuk rasa cinta dan sukakan SENI di kalangan rakyat Malaysia dari peringkat usia muda. Takde la dok mengadap GADGET je!




SAYA SUKA SENI! ANDA?



No comments:

Post a Comment