Monday, November 23, 2015

BORUTO: NARUTO THE MOVIE. MENYESALNYA AKU...

Salam sejahtera,

Rasanya ni la first time aku tengok movie anime kat panggung. Eh jap...kali kedua. Yang first adalah Crayon Shin Chan la. Hehehe. Ok ok...

Nak cakap sikit pasal movie Naruto yang baru ni. Entah kenapa tergerak hati pulak nak pergi tengok. Movie-movie yang lain aku cuma beli DVD je... . Aku ringkaskan je lah ye.

Awal-awal cerita dah ada aksi. Kemudian pertengahan perjalanan cerita ni diperlahankan sikit sebab nak menyampaikan mesej utama dalam movie kali ni. Bila dah sampai kemuncaknya, semasa babak Sasuke & Naruto bergabung nak lawan Lord...apa ntah tu...meremang buku roma aku keterujaan. Hahaha...rasanya tak berkelip mata aku. Tu diaa over nya....

Endingnya jugak awesome! Aku boleh nampak apa yang cuba disampaikan dalam movie ni. Hubungan kekeluargaan. Selebihnya korang yang dah tengok tau apa yang nak disampaikan. Yang belum tengok baik pergi cepat kalau taknak menyesal. Macam pakcik dan makcik tadi. Menyesalnya aku tengok movie ni lambat2...


P/s: muzik latar movie ni menambahkan lagi keterujaan aku menonton. Haha.

Friday, November 20, 2015

THE HUNGER GAMES: THE MOCKINGJAY PART 2. WOW!

Salam sejahtera.

The Hunger Games: The Mockingjay Part 2. Yeah...bagi yang dah follow filem ni dari awal mesti sangat teruja kan nak tengok? Lagi2 bila penamat Part 1 sebelum ni membuatkan korang rasa tak sabar nak tau kesudahan cerita ni. Ok. Ni adalah pendapat peribadi aku tentang Mockingjay Part 2 ni. Aku ringkaskan je sebab tak pandai nak susun ayat sangat dalam bab ni. Jangan hentam aku yeee....hehehe....

Dari awal cerita sampai habis, aku rumuskan yang keseluruhan part 2 ni sangat mengecewakan. Kenapa? Sepanjang cerita ni, aku agak dalam 15 minit je scene yang aku rasa teruja. Part limpahan minyak hitam. Part dalam terowong di mana diorang kene kejar dek mutan tu...ha..part ni aku paling suka. Sebab terkejut masa mutan tu terkam minah tu sampai tersembur 'jilake'. Hahaha. Kemudian last part masa serangan pemberontak depan rumah agam. Tu jeee...
Lain2 penonton cuma dihidangkan dengan sesi 'temuramah', pengalaman Peeta ketika dalam tahanan kat Capitol dan kisah luahan hati sesama mereka. Ahai. Apa ni...??

Ending? Penonton tergelak bila Katniss pegang baby. Semacam kelakar pulak. Yelah..mungkin dah terbiasa dari mula tengok dia asyik beraksi je kan..?

Tu je la pendapat aku. Kalau aku salah SORRY ye. Korang tengok je la dulu komen kemudian. Setuju atau tak dengan pendapat aku  ni.  Dan ye aku tak baca pun novel ni. Mungkin ada yang nak kata tak baca novel memang la aku kritik. Tapi..trilogi Lord of The Ring dan The Hobbit pun aku tak baca...best je...heh heh heh...

P/s: next is star wars. Harap tak kecewa macam Mockingjay Part 2 ni.

Thursday, November 19, 2015

PADAH TAK BERSENAM.

Salam sejahtera,

Dah seminggu baru nak up entri. Dah basi kot. Tapi tak kisah la sebab nak kongsi jugak pengalaman pertama kali ni. Heee...

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba suatu hari terdetik dalam hati ni nak tawan Bukit Broga di Semenyih tu. Dah lama niat naik daki ke atas tapi niat takat hangat-hangat taik ayam je la. Hehehe... . Plan pun last minit dan mengejut so aku takde pun training ke apa untuk dapatkan stamina. Yelahkan...tak pernah bersenam...hahaha. Aku beli kasut BARU, seluar BARU khas untuk nak panjat Broga ni!

Awal pagi Deepavali baru-baru ni, aku ke sana dengan beberapa orang member. Start naik dalam jam 7:30 pagi camtu la. Maka bermula la kisah suka duka, perit maung semua...


Pada awalnya pendakian tu tak la teruk mana. Laluan pun banyak yg mendatar sikit. Tapi makin lama permukaan buminya makin mencabar (baki yang pertama kali naik dan tak pernah bersenam macam aku). Nak kena panjat bukit-bukit kecil, kaki dah mula goyah. Tapi kontrol lagiii...mane boleh kalah dengan budak kecik tu...haaaa...


Banyak jugak la checkpoint aku. Haha. Mana taknya, kaki dah goyang...nafas tak payah cakap la. Macam nak putus dah. Jantung mula berdegup kencang, darah pun dah naik kepala sampai terasa sakit macam nak pitam dah. Member pesan jangan tunduk. Rilek kejap sampai jantung berdegup normal sikit. Lepas dah ok, aku sambung balik.


Sampai kat sini aku slowdown sikit. Memang dah pancit ko...hahaha. Tapi bila dah makin dekat, semangat tu makin kuat nak teruskan sampai atas sana. Time ni memang ramai gila. Ramai yang dah turun...sebab time ni matahari pun dah naik...atas tu pun panas..hehe.

Pendakian terakhir sebelum sampai atas memang curam. Hambeekkk...dah pancit, paksa jugak naik. Sebab apa? Sebab time aku nak naik ada sorang akak ni nak turun dengan mengendong anak dia dalam carrier kat belakang. Peh! Salute la kak. Kalau akak tu boleh takkan aku yang muda ni (konon..) tak boleh? Kan????

Akhirnya aku berjaya!!
Ni muka nak K.O ni. Tapi kontrol lagi...hehehe
Dan bila dah sampai atas, lepas dah atur balik pernafasan...maka bersantai la pulak...wahahahaha!



Cantiknya pemandangan dari atas Bukit Broga ni. Subhanallah!

Muka puas! Sambil mempromosikan baju Doodle tu. Hehehe.

Melaram berselfie dengan seni. Ceh! Hahaha

Broga...I LOVE U lah!
Lepas dah lepak-lepak kat atas tu, dalam pukul 9pagi camtu kitorang turun. Pegi cari makanan. Masa turun laju je walaupun kaki ade macam gigil-gigil sikit. Hehehe...


Kat sini la kami singgah makan di Pekan Semenyih. Nasik ayam dia sedap weiii...ramai yang beratur nak makan. Ade menu lain yang memang ramai orang nak makan tapi tak ingat apa. Hahahaha. 
Kalau nak try boleh search kat google map Nasi Lemak Kelate, Pekan Semenyih. Inshaa Allah jumpa.

Maka, pengembaraan mendaki Bukit Broga tamat dengan sakit kaki, penat tapi kenyang. Next time nak naik lagi. Kali ni nak kena training dulu. Hahahahahaha...

Terima kasih kerana sudi membaca. :D

p/s: Balik je terus mandi dan tidur. Heh!



Monday, November 09, 2015

PELUPA? NYANYUK? LALAI?

Pelupa ke dah nyanyuk? Persoalan yg aku sedang tanya
pada diri sendiri. Kenapa? Hmm....begini ceritanya. Sejak akhir-akhir ni aku selalu terlupa nak buat sesuatu yg aku dah plan atau dah janji nak buat. Paling lama aku lupa sampai
hampir 5 bulan. Aku teringat balik bila terjumpa benda yg sepatutnya aku setelkan 5 bulan lepas. Amboi! Hahahaha...

So, adakah itu dikira pelupa? Nyanyuk? Atau sebenarnya lalai?

Jadi, dengan saranan kawan aku cuba praktikkan MENCATIT perkara-perkara yg nk dilakukan. Ala...org putih kata "TO DO LIST". Diharapkan dengan cara ni aku tak lagi terlupa atau sebenarnya buat-buat lupa. Hahaha...

Kadang-kadang risau jugak. Yela...aku muda lagi untuk NYANYUK!!!....

P/s: kalau ada tips atau pendapat sila nyatakan.