Monday, May 11, 2015

BUKU MEWARNA UNTUK DEWASA?!

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menyiapkan projek buku mewarna pertama dengan tajuk "Bunga dan Monster". Tapi, kenapa untuk dewasa? Ahah...sebabnya, lukisan yang aku hasilkan ni agak detail. Banyak yang kecil, tapi tak perlu pun nak ikut warna sebenar dia apa. Sebabnya, ia cuma monster je. Objek utama dalam buku ni ialah bunga-bungaan. Tengok la sikit preview kat bawah ni.

Rupa muka buku mewarna.

  Bawah ni salah satu bunga dari 10 jenis bunga yang biasa kita lihat dalam malaysia ni. Disertakan dengan sedikit penerangan tentang bunga-bunga yang ada dalam ni. So, ianya dapat beri serba sedikit pengetahuan untuk kita. Sambil mewarna, sambil menimba ilmu. Ewah. Hehehe....
Antara isi kandungan.
Orang kata, banyak buku mewarna untuk dewasa yang dah ada di pasaran sana. Tapi kenapa dewasa? Orang kata lagi, dengan mewarna lukisan-lukisan ni dapat menguangkan stress...dan yang selalu stress ialah siapa? Orang dewasa. Baca kat SINI. (sikit penerangan. Tapi dalam english la. Nak translate malas. Bahahaha).

Ape ape pun, aku sangat berpuas hati dengan hasilnya dan pada waktu ini, cetakan kedua akan mula. Alhamdulillah cetakan pertama dah selamat di'rembat'. Hehehe....

Kalau nak beli boleh ke SINI. Terima kasih.


p/s: siri berikutnya ialah...