Tuesday, May 05, 2015

BILA BERJUMPA IDOLA SENI DOODLE!

Salam sejahtera,

Alkisahnya pada hari Khamis 30 April 2015 yang lepas, aku dapat berjumpa dengan idola dalam bidang doodle ni. Namanya Kerby Rosanes dari Filiphina. Dia datang ke Malaysia ni antara sebabnya ada urusan dan ofkos lah nak bertemu peminat doodle dia di Malaysia ni. Aku adalah salah seorang dari ramai ramai yang datang jumpa dia di Tropicana City Mall.

Aku datang bersama dengan geng geng group Doodle Malaysia - Do You Doodle? . Aku sampai agak lewat sikit. Tapi kawan kawan cakap Kerby ni tergamam sambil tersipu malu bila yang datang lebih dari 50 orang sekali gus. Jangkaan dia cuma 5 atau 6 orang camtu je. Haa...tak sangka dia ramai peminat dia kat sini. Hehehe.

Masa tengah beratur nak mintak sign, tangan berpeluh. Jantung berdebar. Yelahkan...nak jumpa idola...hehehe. So...gambar2 kat bawah ni adalah antaranya. Banyak sebenarnya, Tapi asik muka aku je kang jemu pulak orang nak tengok. Bahahaha!


Dia pegang artwork yang aku bagi. Wehuu!
 
Say PEACE!
 
Atas: Signature dia. Bawah: Poskad dia yang dah di autograf. Tapi kat belakang. Hehehe  


Bergambar ramai ramai dengan dia dan geng Doodle Malaysia
  
p/s: Kata Kerby, dia akan datang lagi ke Malaysia nanti. Time tu group kami akan anjurkan sesuatu supaya peminat Doodle lain dapat join ramai ramai. Meriah gitu!


 

No comments:

Post a Comment