Sunday, November 24, 2013

MISI MI KARI KETAM SELESAI!

Mi Ketam KL yang sedap tu...

Salam sejahtera semua...*wink wink* ;-)

Sebelum ni aku ada bagi tau aku dalam misi nak pekena Mi Kari Ketam kat Seksyen 7 Shah Alam kan. Haha... Hari ni misi terlaksana. Terima kasih kat member yang sudi bawak JJCM walaupun niat asalnya nak jumpa member kat situ. Hehehe...rezki...Alhamdulillah. ^__^.

Nilai hidangan RM9.50 semangkuk. Ni ketam biasa je. Kalau nak ketam nipah, kena timbang. Sekilo RM6.50. Bagi sesapa yg memang 'antu' ketam atau seafood boleh try singgah. Berbaloi. Tapi skali skala boleh la...hari2 bedal santan muak lak. Lokasi kat belakang Unisel seksyen 7 Shah Alam. Pusing je area tu sampai nampak signboard MI KETAM KUALA LUMPUR.

p/s: next gaji nak try ketam nipah. Dah lama tak rasa sejak dok bandar ni. Heh heh heh...

>>>>>>>>> NI ADALAH IKLAN PERCUMA. SEKIAN. ^____^''