Sunday, November 24, 2013

SENJATA BAPAK MENGAJAR ANAK!

Masa aku tengah rehat2 sambil makan bihun goreng...aku terfikir sesuatu. Dan aku tersenyum mcm mamat sewel sorg2 kat ofis... . Apakah ia? Ni dia...senjata rahsia yg biasa bapak aku guna utk ajar anak2 dia terutama yg lelaki lah. Hahaa...

Tamparan ala kamen rider
TANGAN.
Paling afdal gitu. Tanpa diduga terus je bagi kat pipi ku yg tak gebu ni. Heh...kebas pipi. Mana taknya, tapak tangan peladang sawit...kasar. Tapi tak tinggal parut pun kat pipi ni.

Alat keselamatan dari terlondeh
TALI PINGGANG
Biasanya akan dapat bila lambat balik rumah. Terutama bila time makan tengahari. Kalau dah nampak dia tunggu depan pintu tu...memang kena persiapkan diri je lah...pedih tu kena libas... . Tapi takde plak kesan kat belakang badan aku ni.

Bukan cikgu je ade
ROTAN
Senjata ni yg paling sinonim skali. Tatkala mengaji atau time dia cek kerja sekolah yg cikgu bagi. Apatah lagi time dapat report kad. Heh...dapat markah yg dia tak puas hati sekali libas. Huhu~ birat ponggong. Tapi kesan tu tak ada dah skang ni.


Selain utk hijaukan laman

GETAH PAIP/PENERAJANG.
Senjata ni bila dah tahap ekstrim kesalahan yg aku dah buat. Contohnya terkantoi curi makan kat dusun orang. Hahaha...jahat betul masa aku muda dulu. Ececeh... seingat aku cuma getah paip je pernah melekat kat blakang badan. Penerajang tu belum dapat lah. Tak mungkin sampai macam tu. Bapak mana tak sayang anak kan...? Hew hew hew hew~

Walau teruk mane pun aku kena belasah ngan senjata2 ni semua, takde tinggalkan parut pun. Yang tinggal cuma pengajaran yg aku dapat. "Jadilah anak yg baik". Walaupun tak perfect. Heee... . Kalau dibandingkan dengan sekarang...haih...jeles jugak aku. Kena berdiri atas kerusi pun nak buat report. Nak saman bagai. Aku pun nak jgk muka aku ngan bapak aku masuk paper sbb nak saman sekolah. Untung la...aku dilahirkan pada waktu dulu. Bukan sekarang.

Sekian, wassalam.