Size: 60 x 80cm cotton canvas.
Medium: Sharpie Stained, Watercolor & Berus.
Price: ××××
As salam...
Dah jadi habit aku suka tengok langit. Tengok awan. Bila nampak awan yg berbentuk pelik atau cantik aku shoot. Heh...adakah ianya pelik? Hurmmm...aku bagitau kenapa. Sebabnya kalau nak tengok pokok...jerebu. Tengok sungai...kotor. Tengok apa lagi yg ada kat bawah? Awek cun? Hahaha.... tak kisah la kalau orang nak kata aku pelik. Orang yang tak tau nak amati keindahan tu yg pelik. Yang taktau nak jaga alam, laaagi pelik. Suka hidup dengan kekotoran. Heh...pandai cakap je aku ni kan? Paling tidak aku ade sikit kesedaran. Wassalam
As salam...siang tadi punya cerita...
Dihari raya, terkenang daku kepada si dia...eh eh...ha...dihari nan indah ini, moh kite berkebun. Buat keluar peluh sikit sikit jadilah... . Bukan nak kata aku ni rajin, cuma isi masa lapang yg banyak terluang ni je. Org kata, berbudi pada tanah. Lagipun dah lama tak bercucuk tanam.
Bila dah lama tak pegang cangkul ni, baru dua tiga kali hayun dah ketar tangan. Tanah pun keras berbatu pasir bagai. Siap plastik2 lama pun ada. Ape yg seronoknye berkebun ni? Time ni la aku dok belek pokok itu, pokok ini...sambil bertanya sendirian..."pokok apakah ini...?". Nampak tak?
Cangkul2 jumpa benda2 lama yg tertanam. Jumpa benda pelik2. Cangkul lagi jumpa tempat di mana tanahnya elok utk berkebun. Padahal sebelum ni cuma tau org cakap "tanah kat sini tak elok nak bertanam..". So, rajin2 la berkebun lepas ni. Keliling rumah je pun...hehehe...
P/s: jangan berkebun sambil main henpon. Mcm2 nak di shoot.
As salam...
Aktiviti yg pasti buat masa kecik kecik dulu. Sampai la meningkat remaja... MEMANCING!. Pantang ade masa terluang, habis segala ceruk sungai, paya, lombong sampaikan kolam pun aku redah. Minat punya pasal. Cuma bila dah meningkat umur ni makin slow...rasenye dah tak usik pun joran. Nak redah sungai, paya, lombong...jauh skali. Huh!
Baru-baru ni aku singgah ke kedai peralatan memancing sbb nak beli 'tangguk' ikan. Bukak je pintu...mak aih. Semacam je rasa. Teruja tak hengat!!! Banyak! Memang banyak! Rambang mata weh! Tapi setakat cuci mata je la. Huh~ sedih. Aktiviti masa lapang yg terpaksa aku lupakan sekarang. Apa boleh buat, banyak komitmen lain.
Bila sesuatu yg kita suka buat & hari-hari buat terpaksa dilepaskan...hmmm.... . Perasaan bila setiap kali lalu jambatan, jenguk ke bawah nampak kelompok ikan...hmmm....
![]() |
I love pink! |
![]() |
List order. Tulis dalam diari je ha.. |
![]() |
LOGO |
![]() |
Antara Produk yg ada. |
![]() |
Roti Canai |
![]() |
Mi Kari |
![]() |
Gerai MI KARI |
![]() |
Nampak tak kegembiraannya di situ? |
Salam sejahtera...
Lama tak singgah. Sepinya seorang perindu. Hehe...
Org kata...hujan memberi kesan dari segi psikologi. Betul ke? Mungkin betul sebab hujan pada waktu ni telah membuatkan aku mengantuk. Kan kan kan...?? Hahaha...
P/s: indah nian hujan disimbahi hujan...Alhamdulillah..
Salam sejahtera.
Selalu nak merayau naik transpot sendiri. Hari ni naik KTM je lah. Sebab petang selalu hujan. Nak redah jem lagi. Nak dijadikan cerita...
Tren sampai. Aku pun masuk. Berdiri dekat dengan pintu je sebab stesen pun tak jauh mana. Aku rilek je la tgk penumpang2 lain. "Wao..ramainya awek naik tren petang ni."..bisik ku dlm hati. Tidak lama kemudian dtg seorang beruniform putih siap dengam walkie talkie menuju ke arah aku. "Encik, sila ke depan. Ini koc utk wanita sahaja",.
Pffttt!!! No wonder la awek ramai sambil dok jeling aku....
Ahahaha.... malu kejap. ^//////^)"
Sekian~
![]() |
Ni tahap tertinggi aku. Heh~ |
Salam sejahtera...
Pada satu hari yg aku pun tak pasti bila. Siang atau malam...aku sedang berjalan sambil bermain handphone. Main game tak silap. Sedang aku berjalan tiba-tiba aku terpijak sesuatu. Aku berhenti lalu aku pandang ke bawah. Oh tidakkk...aku terpijak seekor anak kucing yg sangat kecil... dengan tiba-tiba aku terus terjaga dari mimpi ngeri itu.... Hehehe...
P/s: jangan suka sangat tidur petang. Jangan mara haaa.... >___<
![]() |
Pose skit konon2 sibuk sangat. Kah kah kah kah...! |
![]() |
Doodle luahan hati~ huhuuhu |
![]() |
Komik pendek yg over. Hehehe... |