Saturday, May 24, 2014

SHARING IS CARING

Salam sejahtera...

Hari ni nak kongsikan lokasi untuk tidak menyihatkan badan anda. Diharap kepada yg sayangkan badan sila jangan ikut ya...(amaran telah diberi. Segala keputusan yg anda buat adalah tidak akan ditanggung oleh penulis.) Hehehehe....

Roti Canai
Semua kenal semua tahu. Mana2 pun ade jual roti canai. Tapi tak semuanya sedap. Ni aku nak share tempat yang aku jumpa yg menghidangkan roti canai yg gebu, garing, lembut...hmph! Sedap! Takyah cicah kuah pon sedap! Kari dia sama je mcm tempat lain...cuma fokus utamanya ialah ROTI CANAI tu. 


Mi Kari
 Sebagai penggemar MI KARI, aku bagi 4 bintang. Rasanya cukup. Macam2 bahan tambahan ada. Ada yang biasa, ada tambah kaki ayam, ada tambah telur puyuh...macam2 la. Harga pun tak le mahal mana. Mampu lagi la. Biasalah...harga gerai2 tepi jalan...

Gerai MI KARI
Nah! Camni je keadaan gerai. Aku shoot gambar gerai mi kari sambil makan roti canai. Kalau singgah ke pekan lama Sg Besi, tanya je orang kat mana KK Mart. Kat situ je la lokasi yg aku share ni. Tapi ingat...kepada yg biasa makan kat restoren berhawa dingin tu...tahan la diri tu ye. Bagi aku ok je. Tak berbau, tak kotor mana. Standard la makan kat gerai tepi jalan...

p/s: Suka boleh singgah. Kalau takut kasut mahal tu kotor takyah la singgah..pegi je makan kat tempat mahal2 yg rasanya sama je mcm masakan gerai tepi jalan....dan jangan makan kalau nak diet. Wassalam.






1 comment:

  1. roti canai gebu dan garing, best... dah lama tak dapat, last time makan roti canai liat dan lembik, huhuu...

    menabung~ ;D

    ReplyDelete