Saturday, August 30, 2014

Bila jejaka berkebun.

As salam...siang tadi punya cerita...

Dihari raya, terkenang daku kepada si dia...eh eh...ha...dihari nan indah ini, moh kite berkebun. Buat keluar peluh sikit sikit jadilah... . Bukan nak kata aku ni rajin, cuma isi masa lapang yg banyak terluang ni je. Org kata, berbudi pada tanah. Lagipun dah lama tak bercucuk tanam.

Bila dah lama tak pegang cangkul ni, baru dua tiga kali hayun dah ketar tangan. Tanah pun keras berbatu pasir bagai. Siap plastik2 lama pun ada. Ape yg seronoknye berkebun ni? Time ni la aku dok belek pokok itu, pokok ini...sambil bertanya sendirian..."pokok apakah ini...?". Nampak tak?

Cangkul2 jumpa benda2 lama yg tertanam. Jumpa benda pelik2. Cangkul lagi jumpa tempat di mana tanahnya elok utk berkebun. Padahal sebelum ni cuma tau org cakap "tanah kat sini tak elok nak bertanam..". So, rajin2 la berkebun lepas ni. Keliling rumah je pun...hehehe...

P/s: jangan berkebun sambil main henpon. Mcm2 nak di shoot.