Hari ni aku ke KL dengan menaiki transport awam. Dari rumah ke Sogo ambil masa sejam je. Aku gerak balik jam 5:30 petang. Sampai rumah jam 7:30 petang. Jauh kan beza? Sebabnye:
1) Masa aku nak balik, orang lain pun baru keluar opis masing-masing.
2) Aku terlepas KTM pertama kerana menjawab panggilan telefon.
3) Aku terpaksa skip 2 buah bas sebab dah crowded sangat.
4) Aku terpaksa turun balik sebab tak ada duit kecil, driver halau turun.
5) Dari jalan utama nak masuk ke rumah agak jauh, dan aku berjalan.
Di antara kesemua sebab-sebab di atas, aku langsung tak kisah kerana ia adalah perkara lumrah orang Malaysia. Cuma aku cukup terasa bila kena halau turun. Bukan besar mana pun duit aku. Rm10 je. Dan ramai yang beratur belakang aku nak naik yang ada duit kecil. Kenapa tak suruh aku tunggu sementara driver kumpul duit kecil sebelum dimasukkan ke dalam tabung duit? Alasannya nak cepat? D'oh~
Pengajaran untuk aku...''sediakan duit kecil secukupnya''...
No comments:
Post a Comment