Tuesday, April 07, 2015

Akhirnya! Ada pembeli! Dollar!

Salam sejahtera.
Baru baru ni ada cuba upload design di satu website ni. Jual t-shirt dengan design kita sendiri..dan aku dah dapat jualan PERTAMA! Yesss! (Baru satu je pon...) Hehe...



Sebelum ni ada web lain yang aku dah cuba jugak. Konsep yang sama. Mula2...
1. Buat design
2. Register di web (teepublic.com)
3. Upload design ikut spesifikasi
4. Promot link & design
5. Siap!

Note: Jangan lupa buat akaun Paypal dulu. Sebab pembayaran dibuat melalui paypal.
Nak register di web ni pun senang je. Tak banyak nak kena isi macam borang Br1m tu. Hahaha... dan ianya free. Setiap t-shirt yang orang beli kita akan dapat komisen. Macam yang aku dapat ni $4 dollar satu. Kira ok la kan? Nama pun saja2. Ihiks.

Nota kaki: Design2 yang aku upload kat web ni adalah design2 yang kurang mendapat sambutan dari orang kita. So aku cuba la tarik perhatian dari orang luar.
Sejujurnya la kan...dalam banyak2 event art yang aku dah join, kebanyakan pembeli artwork aku adalah orang luar. Mereka lebih menghargai seni dari orang kita. Aku pun taktau kenapa. Adakah orang kita ni memandang seni ni sesuatu yang membuang masa atau merugikan? Entahlah...masing2 ada pendapat sendiri. Dan aku pun tak kisah sangat sebab aku buat sebab AKU SUKA SENI! Kbai.

Link: www.teepublic.com . Korang search nama Rizal19. Tq..

P/s: cuba cari jalan lain kalau jalan yang dilalui sekarang menemui jalan buntu. Yang penting matlamat adalah sama..JANGAN MENGALAH!