Tuesday, March 31, 2015

Aku Mood Bunga?

Salam sejahtera.
Berbunga-bunga je tajuk. Entah kenapa, sejak kebelakangan ni aku selalu diselubungi perasaan yg berbunga-bunga je. Apakah ini tandanya hati dah berbunga? Jadi, aku mat bunga la?

No no no no...bukan MAT BUNGA tapi MOOD BUNGA. Untuk melaksanakan projek BUKU MEWARNA tema bunga-bunga ni kena la mendalami perasaan mat mat bunga. Eceh...

Idea ni tercetus bila ada kawan-kawan yang bagi cadangan. Dengan style lukisan aku ni, apa kata aku buat buku mewarna. Sambil melukis sambil menjana pendapatan. Sambil menyelam minum air. Sambil lukis bunga sambil petik bunga. Ehh.....haha..dah melalut.


Antara jenis bunga untuk siri pertama.
Ni aku sertakan sedikit gambaran lukisan doodle+bunga+monster dalam buku ni nanti. Bila dah siap nanti aku update lagi ye. Time tu boleh la dapatkan senaskhah ye. Hehe...
Antara muka surat yang dah siap lukis.
P/s: sehari lukis satu mukasurat, kalau tak ada kerja lain yang kena buat dulu lah.