Sunday, April 19, 2015

Punya Kuasa Berjalan Atas Air?!

Salam sejahtera,

Gambar Hiasan
 Pernah tak tengok filem Kung Fu atau Sci-Fi? Ada hero atau heroin yang boleh berjalan atas air atau pijak air tak tenggelam. Ya, itu la yang aku alami malam semalam. Alkisah...malam tu hujan lebat. Siap angin macam ribut. Habis tempias masuk celah-celah tingkap. Aku berbaring atas sofa malam tu, sementara tunggu hujan reda. Nak buat kerja di laptop ada kilat pulak. Maka aku pun terlena....haip...ni bukan mimpi tau. Sabar....

Tiba-tiba terdengar orang ketuk pintu. Aku terjaga, nak pegi tengok la siapa kan. Waktu tu jam 11 malam rasanya. Aku bangun nak ke pintu depan, tiba-tiba kaki terasa sejuk semacam. Mata cepat je beralih ke kaki. Ya Allah...aku berdiri atas air rupanya. Macam mana boleh jadi ni? Senang je. Disebabkan hujan yang lebat dan sistem saliran yang tak bagus...rumah dah dimasuki air dari pintu depan. Lecak. Habis cerita...hahahaha...


Paling teruk dalam bilik tidur. Air bergenang paras buku lali. Nasib baik tak ada ikan berenang.
   

P/s: Ni adalah pengalaman pertama rumah dimasuki air. Nasib baik tak tenggelam.