Wednesday, April 22, 2015

Resepi Nasi Goreng Ala Kadar Jejaka Melayu.

Salam sejahtera.

Ape ke nama la resepi ni. Hehe. Asik merapu je dalam entri entri aku sebelum ni, nah...kali ni aku nak kongsi resepi nasik goreng yang aku suka buat tatkala tekak ni mereject masakan lain. Mudah & ringkas. Aku suka, kamu pun suka. Makcik kantin pun suka juga...(eh...dah mula nak merapu lagi. Hahaha...) Ok. Lets start!

Bahan-bahan:
- Cili api kampung (kalau suka pedas masuk banyak2. Tapi selalunya aku akan buat pedas kaw2!)
- 4 ulas bawang merah (aku suka pakai bawang ros)
- bawang putih 2 ulas cukup dah.
- sepaket perencah nasik goreng Adobi.
- kacang panjang (potong kecik2)
- lobak merah didadu (kalau suka).
- minyak untuk menumis.
- garam sikit je sebab perencah dah masin.
- dan ofkos nasik sejuk.

Cara memasak:
1. Tumbuk cili dan bawang2 tu kemudian ditumis sampai agak ranum.
2. Masuk perencah. Tumis sampai gelap (bukan sampai hangus).
3. Masuk nasik. Kacau sebati dengan rempah tumisan tu.
4. Agak2 dah nak siap nasik tu, masuk kacang dan lobak. Kacau2 kejap tutup api. Baru la rangup kacandan lobak tu tak hilang...kan sodap! Hehe.
5. Cedok masuk pinggan....Siap!

*boleh la tambah telur kalau nak. Aku lebih suka buat telur mata separuh masak.
* kadang2 aku suka gaul nasik goreng dgn planta sikit.
*kadang2 makan dengan kicap manis sikit.

P/s: nak nampak mewah sikit goreng la Ayimas Drummet Spicy. Kalau ada keropok ikan lagi best!