Sunday, April 12, 2015

AKU TAK SALAH TAPI AKU TAK PAHAM!

Salam sejahtera.

Kisahnya macam ni. Aku (watak color biru), dalam perjalanan nak ke lokasi macam yg aku tunjuk dalam drawing tu. Masa tu ada pulak si polis trafik (watak merah) tengah buat roadblock.
Sila abaikan lakaran tahap mintak kaki ni. Hehe

Aku bawak motor macam biasa je. Dah nampak polis2 tu dari jauh. Bila sampai je ke simpang yang MEMANG arah aku nak tuju, aku signal (biasa tak bagi poonn). Tiba-tiba abang polis tu pekik dari jauh suruh geng dia tahan aku. Aiikkkk....apasal ni bang? Laluan aku tak ada pun kau letak 'cone'. Dan laluan ni MEMANG arah yang aku nak lalu. Adakah aku kene lalu jugak depan depan kau, kau tahan, mintak dokumen, pastu aku buat pusingan U untuk kembali ke laluan yang aku nak tuju? Apa kes? Aku tak takut pun sebab aku cukup semua. Tapi pekik2 camtu macam aku ni penjenayah yang nak lari dari 'roadblock' dia. 

Seorang kawan dan kawan-kawan lain ada bercerita. Kalau nak buat roadblock kena letak 'cone', letak signboard tu dan ada pegawai atasan yang memantau. Ni setakat berdiri terpacak camtu je tahan kereta motor lalu lalang.

Persoalannya, salahkah aku untuk menuju ke arah yang benar? Adakah penunggang motor atau pemandu kereta WAJIB lalu sekatan jalan tu walaupun laluan mereka bukan ke situ? Ape2 je lah. Tak paham la!

P/s: lepas dari kena tahan paksa di lokasi tu, kena pulak dengan JPJ. Haha.

Sekian.





No comments:

Post a Comment