Thursday, July 04, 2013

Bukan tak berterima kasih.

Ni adalah pemberian kompeni khas untuk semua management staf, bagi menggantikan hp lama. Tapi, dengan jujur aku cakap aku tak suka jenama ni. Keypad sensitif tak kena masa. Selalu hang. Monitor akan blackout selepas buat panggilan. Bateri tak tahan lama.
Kalau nak dikira, memang banyak sangat kelemahan...Aku nak balik hp lama Nokia C2. Lagi bagus. Tak risau kalau terlepas dari genggaman sebab ia kebal. Dah jatuh banyak kali tapi masih elok. Nak pegang pun confident. Nak menaip pun guna sebelah tangan je...dan tak payah tengok pun masa menaip. Hebat kan?
Aku bukan taknak berterima kasih kepada kompeni aku...tapi please la. Setakat nak guna whatsup je pun... aku sampai hilang sabar. Aku tekan huruf lain, lain yang kena. Aku backspace skali je, dia padam sampai dua tiga huruf. Kalau camni aku kene hantar sms 'SENGAL LA ALCATEL'.
hahaha....

No comments:

Post a Comment