Monday, April 27, 2015

BEZA SENARAI BARANG LELAKI DAN PEREMPUAN

Salam sejahtera,
Ni sekadar berkongsi dari pengalaman aku je ye. Biasanya kalau aku yang nak beli barang dapur aku straight forward je. Apa yang ditulis itu je la aku beli. Contohnya kalau nak beli sayur, aku akan pilih satu sayur je yang nak dimasak hari tu. Kalau nak beli buah, aku akan beli buah apa yang aku rasa nak makan time tu.
Tapi lain pulak kalau pompuan ni. Dalam senarai ada dua nama barang je, tapi dalam kepala bermacam-macam jenis barang yang nak dibeli. Contohnya, kalau nak beli sayur, dah fikir nak masak apa. So secara automatiknya senarai barang akan bertambah. Begitu jugak dengan barang-barang lain. Kadang kadang beli barang untuk diguna dua atau tiga hari kemudian. Senang kata "mane la tau kalau kalau nak masak itu masak ini nanti".
Macam nak buat karangan la kan. Ada point pastu pecahan pecahan idea. Kan jadi banyak. Heh. Kalau aku ke cashier dengan bawak bakul je, pompuan akan keluar bawak troli yang penuh dengan barang. Hahaha....
Ape pun, pompuan ni sebenarnya lebih teliti dan ketelitian tu bagus, cuma kadang kadang boleh jadi boros. So, bijak la bila berbelanja. Sekian.

Contoh senarai beli barang (kiri lelaki. Kanan pompuan)


P/s: kalau nak beli barang dapur aku suka pergi sendiri. Sebabnya aku tak suka lama lama ronda dalam shopping mall. Hehehe....


Wednesday, April 22, 2015

Resepi Nasi Goreng Ala Kadar Jejaka Melayu.

Salam sejahtera.

Ape ke nama la resepi ni. Hehe. Asik merapu je dalam entri entri aku sebelum ni, nah...kali ni aku nak kongsi resepi nasik goreng yang aku suka buat tatkala tekak ni mereject masakan lain. Mudah & ringkas. Aku suka, kamu pun suka. Makcik kantin pun suka juga...(eh...dah mula nak merapu lagi. Hahaha...) Ok. Lets start!

Bahan-bahan:
- Cili api kampung (kalau suka pedas masuk banyak2. Tapi selalunya aku akan buat pedas kaw2!)
- 4 ulas bawang merah (aku suka pakai bawang ros)
- bawang putih 2 ulas cukup dah.
- sepaket perencah nasik goreng Adobi.
- kacang panjang (potong kecik2)
- lobak merah didadu (kalau suka).
- minyak untuk menumis.
- garam sikit je sebab perencah dah masin.
- dan ofkos nasik sejuk.

Cara memasak:
1. Tumbuk cili dan bawang2 tu kemudian ditumis sampai agak ranum.
2. Masuk perencah. Tumis sampai gelap (bukan sampai hangus).
3. Masuk nasik. Kacau sebati dengan rempah tumisan tu.
4. Agak2 dah nak siap nasik tu, masuk kacang dan lobak. Kacau2 kejap tutup api. Baru la rangup kacandan lobak tu tak hilang...kan sodap! Hehe.
5. Cedok masuk pinggan....Siap!

*boleh la tambah telur kalau nak. Aku lebih suka buat telur mata separuh masak.
* kadang2 aku suka gaul nasik goreng dgn planta sikit.
*kadang2 makan dengan kicap manis sikit.

P/s: nak nampak mewah sikit goreng la Ayimas Drummet Spicy. Kalau ada keropok ikan lagi best!

Sunday, April 19, 2015

Punya Kuasa Berjalan Atas Air?!

Salam sejahtera,

Gambar Hiasan
 Pernah tak tengok filem Kung Fu atau Sci-Fi? Ada hero atau heroin yang boleh berjalan atas air atau pijak air tak tenggelam. Ya, itu la yang aku alami malam semalam. Alkisah...malam tu hujan lebat. Siap angin macam ribut. Habis tempias masuk celah-celah tingkap. Aku berbaring atas sofa malam tu, sementara tunggu hujan reda. Nak buat kerja di laptop ada kilat pulak. Maka aku pun terlena....haip...ni bukan mimpi tau. Sabar....

Tiba-tiba terdengar orang ketuk pintu. Aku terjaga, nak pegi tengok la siapa kan. Waktu tu jam 11 malam rasanya. Aku bangun nak ke pintu depan, tiba-tiba kaki terasa sejuk semacam. Mata cepat je beralih ke kaki. Ya Allah...aku berdiri atas air rupanya. Macam mana boleh jadi ni? Senang je. Disebabkan hujan yang lebat dan sistem saliran yang tak bagus...rumah dah dimasuki air dari pintu depan. Lecak. Habis cerita...hahahaha...


Paling teruk dalam bilik tidur. Air bergenang paras buku lali. Nasib baik tak ada ikan berenang.
   

P/s: Ni adalah pengalaman pertama rumah dimasuki air. Nasib baik tak tenggelam.




Tuesday, April 14, 2015

Aplikasi Terjemah Bahasa. Sejauh Mana Ketepatannya?

Salam sejahtera.

Mari rapat rapat sikit. Nak cerita sekejap je. Ehem2....
Alkisah...
Bila ada yang komen dalam bahasa ibunda mereka, maka terpaksa la guna Apps nak terjemah. Ni la hasilnya. Rasa2 mcm paham apa dia sembangkan. Haha.

Sumber dari Instagram

P/s: kena ada buku terjemah bahasa-bahasa dunia la camni. Hmm...tak payah la. Google kan aje...hehe

Hasil terjemahan Google Translate



 

Sunday, April 12, 2015

AKU TAK SALAH TAPI AKU TAK PAHAM!

Salam sejahtera.

Kisahnya macam ni. Aku (watak color biru), dalam perjalanan nak ke lokasi macam yg aku tunjuk dalam drawing tu. Masa tu ada pulak si polis trafik (watak merah) tengah buat roadblock.
Sila abaikan lakaran tahap mintak kaki ni. Hehe

Aku bawak motor macam biasa je. Dah nampak polis2 tu dari jauh. Bila sampai je ke simpang yang MEMANG arah aku nak tuju, aku signal (biasa tak bagi poonn). Tiba-tiba abang polis tu pekik dari jauh suruh geng dia tahan aku. Aiikkkk....apasal ni bang? Laluan aku tak ada pun kau letak 'cone'. Dan laluan ni MEMANG arah yang aku nak lalu. Adakah aku kene lalu jugak depan depan kau, kau tahan, mintak dokumen, pastu aku buat pusingan U untuk kembali ke laluan yang aku nak tuju? Apa kes? Aku tak takut pun sebab aku cukup semua. Tapi pekik2 camtu macam aku ni penjenayah yang nak lari dari 'roadblock' dia. 

Seorang kawan dan kawan-kawan lain ada bercerita. Kalau nak buat roadblock kena letak 'cone', letak signboard tu dan ada pegawai atasan yang memantau. Ni setakat berdiri terpacak camtu je tahan kereta motor lalu lalang.

Persoalannya, salahkah aku untuk menuju ke arah yang benar? Adakah penunggang motor atau pemandu kereta WAJIB lalu sekatan jalan tu walaupun laluan mereka bukan ke situ? Ape2 je lah. Tak paham la!

P/s: lepas dari kena tahan paksa di lokasi tu, kena pulak dengan JPJ. Haha.

Sekian.





Tuesday, April 07, 2015

Akhirnya! Ada pembeli! Dollar!

Salam sejahtera.
Baru baru ni ada cuba upload design di satu website ni. Jual t-shirt dengan design kita sendiri..dan aku dah dapat jualan PERTAMA! Yesss! (Baru satu je pon...) Hehe...



Sebelum ni ada web lain yang aku dah cuba jugak. Konsep yang sama. Mula2...
1. Buat design
2. Register di web (teepublic.com)
3. Upload design ikut spesifikasi
4. Promot link & design
5. Siap!

Note: Jangan lupa buat akaun Paypal dulu. Sebab pembayaran dibuat melalui paypal.
Nak register di web ni pun senang je. Tak banyak nak kena isi macam borang Br1m tu. Hahaha... dan ianya free. Setiap t-shirt yang orang beli kita akan dapat komisen. Macam yang aku dapat ni $4 dollar satu. Kira ok la kan? Nama pun saja2. Ihiks.

Nota kaki: Design2 yang aku upload kat web ni adalah design2 yang kurang mendapat sambutan dari orang kita. So aku cuba la tarik perhatian dari orang luar.
Sejujurnya la kan...dalam banyak2 event art yang aku dah join, kebanyakan pembeli artwork aku adalah orang luar. Mereka lebih menghargai seni dari orang kita. Aku pun taktau kenapa. Adakah orang kita ni memandang seni ni sesuatu yang membuang masa atau merugikan? Entahlah...masing2 ada pendapat sendiri. Dan aku pun tak kisah sangat sebab aku buat sebab AKU SUKA SENI! Kbai.

Link: www.teepublic.com . Korang search nama Rizal19. Tq..

P/s: cuba cari jalan lain kalau jalan yang dilalui sekarang menemui jalan buntu. Yang penting matlamat adalah sama..JANGAN MENGALAH!