Friday, August 14, 2015

MUDAHNYA DENGAN SHOPEE!

Salam sejahtera,

Rasanya dah banyak cara peniaga nak jual produk secara online sekarang ni. Daripada Insta sampai la ke Fesbuk. Terbaru, aku jumpa Shopee .

Ni la rupe kedai online aku.

Antara barang yang dijual. Yes...produk seni. Hehehe

Nak kata jumpa tu tak jugak. Kawan rekemen. Hehehe...
Satu aplikasi jual beli di henpon je. Bagi aku ianya simple je. So far OK je. Nak guna senang je. Just download dan install. Then macam biasa la. Browse item yang nak dicari dan follow je step yang diberi. Dan cara pembayaran pun boleh guna online bank in atau melalui ATM.

Aku start daftar bulan Jun, tapi baru start jual penghujung Julai. Yelah, nak siapkan produk dulu kan. Nak tau apa yang aku jual boleh check kat Rizal Art Booth. Kalau tak kena dengan citarasa, share la bagi kawan kawan yang suka tau. Orang kata jangan makan sorang. Eh....ape kaitan ntah. Hahaha

Kesimpulannye, beli atau share. Yang pasti kene try baru boleh komen. Hehehehe...

P/s: Minggu pertama mula beroperasi dah dapat sikit jualan. Alhamdulillah...


Sekian.



Thursday, August 13, 2015

DOODLE GLC OPEN DAY KLCC

Salam sejahtera.

GLC OPEN DAY. Menghimpun kan kompeni kompeni besar dalam satu event. Kire macam hari kerjaya la gitu. Para graduan yang nak cari keje yang sesuai dengan jurusan diorang atau yang diorang minat boleh cari kat sini. Camtu la lebih kurang.

Aku kat sini buan nak cari keje tapi buat keje. Keje aku ialah melukis. Yeah...lukis dinding. Kira mendoodle kat dinding seluar 5x50kaki. Besau! Selama 3 hari ni la aku menahan kesakitan kaki. Mane taknya..kejap bediri..duduk..melutut..membongkok..mengiring...macam2 la posisi nak melukis. So..taknak cakap banyak...just enjoy je gambo2 yang ada. Nak lebih next year pegi sendiri. Hehe








Paling best dapat bergambo ngan Fara Fauzana. Pewiittt...

Diakhiri dengan jamuan makan2.

Kesimpulannya...sepanjang 3 hari event ni, walaupun penat tapi puas hati. Seronok!


*balik terus sapu minyak panas kat kaki. Sakit wooo....ahahaha


Saturday, July 04, 2015

REZEKI DOODLER JUMPA BLOGGER.

Salam sejahtera.

Sejak kecik aku melukis. Lukis komik. Lukis mural. Sekarang doodle pulak. So..aku adalah doodler. Boleh kata aku cari makan dengan seni doodle ni. Setelah sekian lama menceburkan diri, baru baru ni dapat request lukis doodle dari seseorang yang memang femes dlm dunia blogging. Beliau dah banyak kali keluar majalah, paper. Keluar tv takyah cakap la. Aku pun dah lama follow beliau. Dah fren kat fesbuk. Dah follow kat instagram. Sapa lagi kalau bukan blogger Ben Ashaari . Haaa...

Macam tak percaya je. So aku doodle kan la apa yg beliau request. Dan print atas t shirt. Complete untuk satu family. Gitu... . Dan tadi dapat la jumpa beliau in person org putih cakap, sebab nak bagi baju dan doodle yg ditempah. 1st time jumpa. Akhirnya! Hahaha...jumpa retis kot...hehe.

Sempat la ambik gambo. Tapi gambo pakai kamera henpon tak power...hasilnya pon..hmmm...

Ape pun terima kasih Ben Ashaari atas sokongan anda!

P/s: jumpa retis langsung gugup. Ahahahaha.