Saturday, October 17, 2015

KECOH DI TASIK TITIWANGSA!

Salam sejahtera,
Sabtu, 17 Oktober 2015. Seawal pagi dah mula kecoh di Tasik Titiwangsa. Penuh dengan orang ramai berkerumun di depan stage. Huish...ade ape pulak berkumpul ramai ramai ni?? Himpunan ape pulak dah?!
Rilek...hari ni (Sabtu, 17 Oktober) adalah hari terbuka bersama Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Macam-macam aktiviti ada bertemakan penjagaan dan memulihara alam sekitar. Abis aku buat apa? Yeah...aku bersama geng2 Doodle Dash join memeriahkan majlis dengan mengajurkan aktiviti untuk kanak2 dan dewasa. Merwarna dan mendoodle. Peh! Awal pagi dah ramai yg register!

Add capti


Hadiah2 yg disediakan pun boleh tahan. Memang havoc betul booth Zamzame Design tadi. Tapi semua dalam kawalan je. Ada jugak pertandingan mereka fesyen dari bahan recycle...mural...dan penutup tadi pertandingan karaoke. Amboi...sedap2 suara diorang. Kalah akademi fantusia. Hahaha.
Sebelum balik tadi sempat bergambar dengan orang kuat event ni. Terima kasih dato sudi bergambar. Sempoi la stay sampai habis.



P/s: Sebetulnye aku tak tau pun nama beliau. Tapi tetap tetamu kehormat la. Hehehe...*lariiii...


No comments:

Post a Comment