Thursday, October 08, 2015

ADA APA DENGAN INKTOBER?

Salam sejahtera,

Sejak dah berkecimpung dalam arena melukis ni, macam macam cara aku belajar nak improve skill melukis aku. Salah satunya adalah dengan turut serta dalam Inktober ni. Ape itu Inktober? Baca SINI . Jangan risau, ni bukan link ntah apa-apa. Ni adalah web kepada pengasas Inktober ni. Boleh baca penerangan ringkas beliau dan boleh tengok hasil karya Inktober beliau sejak dari mula Inktober ni dimulakan iaitu tahun 2009!!

Logo rasmi Inktober. Hakcipta terpelihara ni.


Aku dah join dari last year lagi. Tapi tak berjaya habiskan. Tahun ni aku nekad nak penuhkan sebulan dengan lukis setiap hari. Eh..bukan ke aku memang lukis hari-hari ke? Ye betul! Tapi dalam Inktober ni aku cuba melukis dengan lebih konsisten. Setiap hari 1 artwork. Tahun ni aku cuba hasilkan novel grafik. Kiranya macam ada dateline la untuk satu page. So aku lebih fokus untuk siapka. Paling best, penggunaan hashtag yang meluas satu dunia ni peserta berpeluang berkongsi dengan dunia artwork harian diorang. Cuba bukak instagram korang dan search hashtag ni --> #inktober #inktobermalaysia . Banyak!

Kat bawah ni antara artwork yang aku dah hasilkan sampai hari ke 7. Nak tau apa ceritanya boleh baca di SINI atau di SINI pon boleh. Mana-mana yang mudah. :)




Tu je nak share. Sekian.

p/s: pendapat aku, si pengasas Inktober ni betul-betul nak ramai lagi artis yang mampu menjana sesuatu dari minat yg mendalam dalam melukis ni. Bukan setakat hobi. Malah nak memeriahkan lagi arena kesenian INK ni. Cewah!





No comments:

Post a Comment