Monday, September 21, 2015

ASALKAN ADA CARA, REBUT JE!

Salam sejahtera,

Saja nak share lagi website2 yang aku daftar untuk jual artwork aku. Sebelum ni just di instagram dan fb je. Kemudian aku try pulak Society6. Makin hari makin banyak senarai web yang membolehkan aku upload artwork utk dijadikan baju, bag dan macam2 lagi barang. Setakat ni aku dah daftar kat web2 ni:


Paling terbaru, aku join pulak Creative United ni. Yang ni web milik orang Malaysia. Bertapak di Cyberjaya. Konsepnya sama je dengan yang 3 atas tu. Cuma yang ni tak payah la nak beli dalam matawang asing kan. Harga? Boleh tengok sendiri. Ada yang kata mahal. Tapi bagi aku ianya normal. Sebabnya, konsep web ni bila ada order baru produk tu dihasilkan. Jadi kosnya dah tentu la kos untuk seunit. Bukannya beli borong kan. Beza kan? Hehehe...

Sekarang ni aku akan cuba je guna cara apa yang ada. Tak kisah la banyak order ke tak dari web2 tu. Yang penting, CUBA. Peluang ada dah tu. Lagipun aku dalam porses lagi untuk orang ramai mengenali hasil karya aku tu. Takpe...pelan2.

Okeh! Jangan lupa check web2 aku tu ye. Kalau sudi share2 la kat kawan2 yang berminat dengan karya aku tu. Hehehehe. Tak beli pun takpe, asalkan makin ramai yang kenal siapa aku dan apa yang aku buat. Halamak....

p/s: tak kaya takpe, aku senang bila ramai yang mengenali siapa aku. Ceeewaaahhhhhh...nyampah. Hahahaha


Antara artwork2 aku yang aku upload dalam web2 tu. Check it out! OK? MUAH!









No comments:

Post a Comment