Thursday, September 17, 2015

THA' DOODLE COLLISION: DOODLE BATTLE!

Salam sejahtera!

Lama jugak tak update entri dalam blog yang malu-malu bagai mintak kena ketis rusuk ni. Hahaha. Ok! Kali ni nak update pasal event yang diadakan di Publika sempena Coffee and Art Fringe Festival Asia 2015 atau pendeknye CAFFA pada 13.09.2015.


Artist yang terlibat 20 orang. 10 orang dalam satu pusingan. Aku dalam pusingan kedua. Bila dah siap semua, setiap orang akan pilih 2 doodle feveret diorang untuk pilih yang layak ke semifinal. Tapi sebelum tu...

Bukak booth macam main kedai2.


Gambar-gambar berikut ni antara artwork untuk 2 acara saringan. Dilukis dalam masa satu jam je! Ruang besar camtu satu jam je! Kejam! hahahaha

Sedang beraksi!
Siap! Ni artwork pertama untuk pusingan pertama!
Doodle robot dari Aku Napie
Ni cikgu yang lukis. Namanya Charies camtu kot.

Kemudian, pengumuman dibuat. Aku masuk ke semi final bersama dengan 7 orang artis lain. Tu diaa...first time masuk ke semifinal. Masa 1 jam diberi.

Lukisan semifinal
Alhamdulillah...aku mara ke final bersama 3 lagi peserta. Wah! Aku pun macam tak percaya dapat masuk final. Yelah, baru join buat kali pertama dah lepas ke final. Terima kasih kepada yg mengundi aku. Muah!

Nampak kat belakang tu? Yes, aku gabra!




Final ni size canvas 2 kali ganda. Hm, berganda jugak la gemuruh aku. Bukan apa, sejam je macam mana nak penuhkan ruang besar camtu. Hhuhuhuhu....


Dan bila tamat final round, undian dari orang ramai pilih artwork mana untuk spot 1,2,3 dan 4. akhirnya aku dapat tempat ke-2. Wahh! First time masuk dapat masuk final dan menang tempat ke2!! Terima kasih pengundi! Eceh...

Balik dengan kaki lenguh2. Esoknya otot kaki sakit2. Tapi apedehal kan, dah menang mesin kopi tu yang aku taktau nak pakai macam mana. Hahahaha..... Ape pun aku sangat enjoy sepanjang event ni. Nest year maybe nak join lagi. Hehehe...

p/s: pada waktu entri ni ditulis, mesin kopi masih dalam kotak cantik tu.






No comments:

Post a Comment