Friday, July 03, 2015

TIADA LAGI GETARAN ASMARA.

Dah 2 tahun bersama. Malam tadi semuanya ok. Tak ada masalah ape pun. Bangun pagi tadi tiba-tiba je buat hal. Mulanya tak perasan sangat perubahan. Yelahkan..baru bangun tidur. Mamai lagi.

Lama kelamaan baru perasan sesuatu dah berubah. Telefon pintar aku dah takde vibrate. Atau bergetar. Aku check setting. Semua ok. Aku restart. On off. Cabut bateri pasang balik. Still sama. Lalu aku google kan persoalan ni. Katanya mungkin sensor rosak sebab jatuh. Tapi aku tak jatuhkan pun telefon aku ni. Alahai...

Kena tanya kedai la. Kalau cukup bajet aku repair. Kalau tak...kena la biasa kan diri pakai telefon tanpa 'getaran asmara'. Huhuhu....