Tuesday, December 29, 2015

KOLEKTIF DI GALERI SENI SHAH ALAM

Salam sejahtera.

Kali ni nak share sikit event yang aku join di Galeri Shah Alam pada 28 & 29 November lepas. Yeah...hujung bulan lepas. Lambat gile nak update. Haha. Tak banyak sangat aktiviti masa event ni. Time ni pun tak banyak gambar-gambar selfie yang menyakitkan mata korang. Kah!

28hb (Sabtu), pertandingan Doodle atas baju. Ramai peserta yang join dan ofkos la aku pun join. Selama sejam menconteng atas baju putih yang disediakan. Sambil membebel meroyan sebab blur takde idea..maka hasilnya pun cuma setakat syok sendiri saja lah. Hahaha.

Ni lah dia hasil contengan syok sendiri. Hehe
29hb (Ahad), pertandingan Doodle atas kanvas besau punya. Kuning pulak tu. Jangan main-main...silau bijik mata nak melukis. Sebab tu la kalah diperingkat awal lagi. (Alasan ntah apa-apa). So aku cuma bagi gambar mereka yang berjaya ke pringkat akhir je la eh. Hehe.

Johan. Aku kenal beliau dengan nama Abang Long. Hehe.
Naib Johan: Encik Ghazz
Ke-Tiga: Tia
Ke-Empat: Aku Napie
Selain tu, ada juga pertandingan menulis dialog komik anjuran TOON STUDIO. Kenal tak kartunis Taugeh? Yeah...aku jumpa jugak beliau face to face. Auw. Haha. Ada persembahan akustika, tayangan filem Chowrasta FREE dan lain-lain lagi la. Ada jugak booth jualan. Boleh main tanah liat buat hasil tembikar sendiri...syok!

Ni paling best! Aku dapat belajar teknik mewarna dengan RAJA PENSEL WARNA iaitu TUAN UNEH! Fuyoo...dah tua baru nak belajar? Yezza...aku memang lemah bila masuk bab mewarna. Bahahaha! Nampak tak muka keterujaan yang terhasil di wajah tua ku itu? Kihkihkih...

Nampak? Stim je dapat belajar teknik mewarna dengan otai. Hahahahaha
Akhir kata, walaupun keseluruhan event ni agak hambar di kalangan pengunjung, tapi aku salute tabik kepada mereka yang terlibat. Mereka mampu memeriahkan suasana. Bergurau senda. Yes! Aku sangat gembira! Terima kasih Tuan Zami dari Doodict yang turut sama memeriahkan event ni. Kepada kawan2 artis lain juga. Tahniah!


P/s: kalau tak kita yang gerakkan kaki macam mana nak maju ke depan?
Wassalam!






No comments:

Post a Comment