Monday, June 01, 2015

12 JAM TANPA HENTI!

Salam sejahtera,

Alkisahnya satu hari, aku and the geng dipanggil untuk memeriahkan Hari Telekomunikasi Sedunia peringkat Malaysia. Kami kena doodle something related dengan tema yang dah diberi. (ingatkan bebas). hehe.
Bermula jam 10 malam di Muzium Telekom, kami seramai 25 orang mula melukis atas kanvas. Macam-macam kerenah. Yelah...melukis tengah malam sampa ke pagi....

Ada yang tidur2 kejap. Aku terus je go on sampai pagi. tak tidur!

Ni la dia. Ni gambar curi dari member. Hantar kat wasap.
Ni hasilnya selama 12 jam.

Tak tidur 12 jam pun still boleh senyum untuk kemere.
Majlis disudahi dengan perasmian oleh menteri dan bergambar dengan menteri. Sambil dipuji-puji semua2 lah. Bila dipuji...mengantuk pun hilang. Hehehhee... Lepas dah ambik sijil, masing masing beredar cari bantal busuk memasing. Hahahaha....tapi...

Aku sambung berdoodle dengan mereka ni kat KLCC pulak. Sempena pelancaran NBOS ke apa ntah. Time ni kami memang dah overlimit. Tapi tengok la...still boleh kontrol emsem. Hahahaha...
Last pose sebelum balik cari bantal.
Lepas event di KLCC ni, aku kira kira balik...hampir 24 jam tak tidur. Otak memang macam dah jammed time tu. Tapi tetap enjoy. Tq kepada kawan-kawan semua dan kepada yang menjemput. Saya sangat suka!

P/s: kalau ramai ramai melukis memang tak terasa mengantuk. Cube sorang sorang? Hmmm....




No comments:

Post a Comment