Sunday, September 15, 2013

Kerana selsema nasi dibazirkan?

Sejak kebelakangan ni aku balik keje je berhujan...maklum la...riders....
Hari ni aku selsema. Memang sentiasa berhingus je hidung ni. Dah hembus buang pun meleleh lagi...nak dijadikan cerita...

Masa lunch tadi, aku tolak pelawaan staff pompuan kat sini..sebab selsema. Makan la aku sorang-sorang kat sebuah kedai dekat-dekat sini. Time makan hingus ni asik nak meleleh keluar...dah macam paip air. Aku tahan je la....

Kang aku sedut  skit biar tak meleleh kuar dari idung. Korang pun tau kan kalau dah banjir hidung ni...korang tarik nafas pun ada bunyi yang tak menyenangkan...kat sini la aku dijeling oleh segelintir mata yg tengah makan...

Sori sangat-sangat. Aku bukan sengaja. Kalau aku hembus buang kang lagi power bunyi dia. Jenuh aku menahan tadi...jadi...dengan tak rela aku mengalah...stop makan...cuci tangan dan beredar. Separuh lagi nasik aku tak habis...huuu....ruginye...

Pengajaran buat aku...kalau selsema...tapau je la. Makan kat bilik loker...private vip lagi. Huh~

No comments:

Post a Comment