Thursday, March 07, 2013

Update

Setelah sekian lama aku buat blog ni, baru sekarang aku update. Sori...eh eh. Kenapa perlu aku mintak maaf sedangkan tak ada apa2 pun yang aku sumbangkan melalui blog aku ni. Asalnye memang tak tau langsung pasal blog. Aku terikut-ikut dengan cerita kawan-kawan je. Maka terhasil la blog ni. Heh~ Memula je semangat. Hangat-hangat tahi ayam je. Rasa bosan tu datang dengan serta merta bila blog tak dapat sambutan. Ape taknye. Tak ada post2 aku yang menarik pun. Sekadar suka-suka. Macam syok sendiri pon ye jugak. Hahaha~ Tak ape. Aku cuba untuk update blog aku ni dengan sesuatu yang mungkin dirasakan menarik pada pandangan aku. Harap2 kali ni bukan sekadar lepas batuk kat tangga je.

( __ __)''