Monday, May 23, 2016

TOLOOONGGG AKUUU!!!!

Salam sejahtera.

Pertama kali join contest art ni. Mencuba nasib. Contest apa? Ha..contest Doodle la. Tarikh tutup penyertaan tamat 21 Mei lalu. Sekarang masa untuk undi pulak. 50% undian LIKE dari kawan-kawan sekalian. Jadi kepada yang sudi bolehlah undi ya. 

Ni la dia karya yang mintak vote dari awak2 semua. :)
TO VOTE, click ---> SINI . Sebelum vote kawan-kawan semua kena register dulu tau. Ala..register kejap je. Kalau ada facebook lagi senang. Log in je pakai akaun facebook. Lepas selamat vote, korang boleh dapatkan voucher 30% dari Printcious ni. Voucher diskaun untuk customise gift korang dengan Printcious ni. Untuk info lanjut boleh contact admin web tu ya.

P/S: UNDIAN BERAKHIR 31 MAY 2016. JADI...CEPAT2 LA UNDI YA!? INIKALI JE. HEHEHE

TERIMA KASIH KEPAD YANG SUDI VOTE TU TAU.



Tuesday, March 08, 2016

BOBOIBOY THE MOVIE MEMANG TERBAIK!

Salam sejahtera.

Hari ni baru dapat tengok filem animasi tempatan yang dikecohkan sangat terbaik tu. Dan ini komen dari mata seorang peminat animasi dan aksi. Cewah.

Dari segi perincian grafik karakter memang best! Dari segi latar belakang, boleh dinaik taraf lagi untuk filem kedua nanti. Kalau ada la. Harap2 ada. Hehe.

Kualiti audio? Hmph! Taktau nak kata apa la. Tergamam aku. Best! Muzik latar, soundtrack masa lawan2 memang osem! Muzik sedih tu pun hampir2 berjaya meniup habuk masuk ke mata ku. Huhu.

Perkembangan cerita biasa la kan. Kawan kene culik, misi menyelamatkan pun bermula. Biasa la kan. Hehe. Sepanjang cerita ni, memang ade je jenaka mintak kaki Mr Papa. Ahaha. Memang lawak. Tahniah pembawa watak tu. Sesuai sangat. Hahah.

Yang paling aku suka adalah babak2 berlawan Boboiboy dan rakan2 menentang geng Tengkotak tu. Satu2nya filem animasi tempatan yang berjaya membuat aku tergamam,teruja dan tak senang duduk. Perasaan yang sama masa aku tonton Boruto last year. Best!! Walaupun boleh nampak pengaruh anime kuat dalam filem ni, tapi apedehal...bagi aku filem ni tetap berjaya!

Overall Boboiboy The Movie ni filem wajib tonton! Tak rugi weh!! Serius tak rugi support animasi tempatan yang ni.

Nota kaki: Masuk lambat 15 minit. Dah sampai babak Ochobot merajuk kat bus stop. Huh.

P/s: ada tukang cerita tukang repeat dialog pulak tadi. Couple gedik2.. . Mencik!

Tuesday, January 19, 2016

PDRM Go Green Bersama Green Tech

Salam sejahtera,

Event kali ni bersama dengan PDRM dan juga Green Tech Malaysia bertempat di PULAPOL KL tu. So, apa tugas aku? Apa lagi kalau tak melukis. Heh. Kali ni aku bersama-sama dengan 4 artis lain kena lukis topik, info, matlamat tentang event ni. Makna kata kami meluahkan segala yg bertulis kepada ilustrasi. Ah...macam mana nak terangkan ye. Hm. Tengok la gambar-gambar ni. Harap harap paham lah. Hehehe... .

Melukis di sebuah gudang misteri. Eh.

Duduk sopan gitu...
Sebelum tarikh event tu, kami ada 2 malam untuk siapkan ilustrasi sebesar 2 x 5 kaki ni. Memang berjaga malam je la. Nasib baik bos belanja makan roti canai skali. Kalau tak dah mogok lapar dah. Hahaha.

Ni adalah hasil lukisan aku berdasarkan pemahaman aku tentang point2 event ni. Yeah...takde monster. Takkan nak lukis monster pulak kan. Gile ah...PDRM kot. Takde kaitan pon dengan monster. Hah! Dan sesungguhnya pada hari itu aku berpakaian ala2 pegawai bank gitu. Nampak sangat tak cukup tidurnya kan? Tak payah pakai eyeliner atau eyeshadow pun. Hehe... .

Pegawai bank sendirian berhad.

Dari jarak dekat karya-karya yang disiapkan.

Masa event ni sempat jugak la skodeng2 enjin kete peronda baru tu. Tengok basikal elektrik...dan dapat tengok kete Tesla . Tengok je. Tak dapat peluang nak test duduk dalam tu. Kete mahal calar nanti naya. Huhu... Dan jugak kete elektrik. Ada jugak basikal letrik. Semua aku tengok je. Nak test naik abang2 dan kakak2 polis dah kebas semua. Huhu...
Selesai perasmian apa semua, makan. Pastu balik dan tidur. Ganti balik. Hahaha.

Sekian.

P/s: first time event ade banyak polis. Takut... eh..macam ade buat salah la pulak...kan..... .