Wednesday, September 09, 2015

TAK LAGI IKAL MAYANG!

Salam sejahtera!

Sekadar gambar hiasan
Dah bertahun hidup. Rambut pun dah macam-macam fesyen. Cuma yang merunsingkan aku sekarang ni ialah masalah kulit kepala! Aduii...kenapa? Adakah faktor usia? Aku muda lagi...(kunun...). Cuaca? Hormon? Shampoo? Macam macam dah aku cuba. Cuma baru-baru ni aku dah nekad untuk potong pendek rambut ala ala pelatih pusat serenti. Hahaha. Alasanya nak cuci biar bersih.

Macam mana? Aku guna limau kasturi. Aku kikis2 kulit kepala dan kemudian tenyeh dengan limau. Peh! Sedap betul pedih2 manja! Hahahaha... Ni petua yang orang bagi la. aku just cuba je asalkan boleh hilangkan terus KELEMUMUR! Dulu takde pun masalah ni. Sekarang aku dah pun tukar shampoo jugak. Mana la tau kan...dan sedang dalam proses cuba untuk membanteras kejadian KELEMUMUR ni dari muncul kembali. (jahanam bahasa!) Hehehe.

p/s: andai kata ada lagi petua2 lain TOLONG share link atau komen je tips tu. Sangat2 menghargainya kerana aku nak pakai baju gelap tanpa ada rasa was was.

Terima kasih! Wassalam.




No comments:

Post a Comment