Wednesday, August 20, 2014

Tak Menang Tangan!

Dulu, bila siap je bengkel ni tak pernah terfikir pun akan jadi macam ni. Bengkel siap sebelum Ramadhan. Sekarang dah Syawal. Alhamdulillah rezeki masih memenuhi periuk nasik aku & partner. Sampai tak menang tangan nak siapkan tempahan. Kerjanya memang penat tapi...sangat seronok. Ape tak nya, benda yg dibuat terhasil dari imaginasi & impian...eceh! So, kena usaha lagi sampai dapat tender ribu riban! Haa...pasang dulu angan-angan...kerana angan-angan boleh jadi kenyataan! Aku dah mengalaminya!


I love pink!
                                            
List order. Tulis dalam diari je ha..

 Jom support local biz! www.facebook.com/triglobeartstudio


Monday, August 18, 2014

Buat apa tu?

Nampak tak? Dah jam berapa tu tapi aku tak tidur lagi. Lagi pulak duduk depan komputer. Haa...jangan fikir yg bukan-bukan. Bagi orang seni...(eceh!), idea datang selalunya time-time camni. Apa lagi. Start kerja. Ok. Bye.

Saturday, July 05, 2014

DAH PANDAI SIKIT!

Salam sejahtera
Lamanya aku tak update blog...tak blog walking. Haih. Ape nak jadi ntah aku ni. Huhuhu...
Agaknya sibuk seronok sangat buat baju sendiri. Kah? Hahaha...
Layan je la. Baru berjinak-jinak dengan bisnes printing baju ni. Orang lain dah berlari aku baru nak merangkak. Ape nak kesah. Takde kejayaan yg datang bergolek. Ni yg aku tengah usahakan. Puasa2 pun jalan je la asalkan ade income. Lagi2 nak raya nanti.


Tengok je la aksi aku menarik tu. Tu aksi kontrol2 nebes namanya...hehehe...takut silap...kang kene marah lak ngan partner. Heh! Asalnya cuma angan2 je. Akhirnya jadi kenyataan. Iaitu bengkel sendiri. Alhamdulillah walaupun kecik....

So...jom2 singgah ke Instagram biz aku dengan partner @triglobe_artstudio. Boleh tengok2 kejap. Hehehe.
Kalau terdetik dalam hati tu nak order, boleh hubungi nombor yg tertera kat instagram tu ye. Atau boleh je email ke triglobedynasty@gmail.com. Support local biz. Dah..beriklan la pulak...

Terima kasih sebab sudi singgah kejap. ^____^