Monday, November 04, 2013

SALAM AWAL MUHARRAM 1435H

Salam Muharram 1435H

 Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu Magrib pada akhir bulan Zulhijjah. "Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:"Kesusahan bagiku dan sia-sialah perkerjaaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." 
Doa awal tahun ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam.  Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

*Sumber copy & paste*
Sama-sama menghayati awal Tahun Muharram yang mulia ini. Kepada yang cuti, penuhi hari korang dengan kebaikan. 


Sunday, November 03, 2013

GST! YAHOO!!!

Akhirnya bil astro sampai...benda pertama yang aku tengok ialah...GST! Yeah! Tambah rm 7.50 dalam bil. Canteekk la. Aku suka sangat...sebab bukan bil aku pun...kikiki...memang aku tak penah pasang astro...sebab takde sape kat rumah nak tengok pon...so membazir je. Baik langgan internet. Macam2 boleh dapat.
Jumlah terbaru bil astro jiran!


 
Jiran ni pun dah berkata...''potong je la pasni...''. Ni semua sebab tambahan rm7.50 tu. Beri kesan kat golongan yang kurang senang. Heh~


MERIAHNYA PUTRAJAYA

Malam ni lepak2 jap kat Putrajaya...kat sekitar mesjid. First time lepak sini malam minggu. Meriah kau...
Keluar kete
Pusing2 cari drinks
Macam cantek je...shoot*
Macam cantek je...shoot lagi
Macam comel je...*pengsan*
Melepak sekejap je. Abes dengar dua tiga lagu dari live band kat situ...hujan pun turun... Memang nak suruh balik la tu. Dah malam...tak elok berembun... Ehehehe... 

p/s: lepak kat area ni lebih mesra family...berbanding kat jambatan...penuh adengan tak menyenangkan. Pihak berwajib...apa tindakan?