Tuesday, March 08, 2016

BOBOIBOY THE MOVIE MEMANG TERBAIK!

Salam sejahtera.

Hari ni baru dapat tengok filem animasi tempatan yang dikecohkan sangat terbaik tu. Dan ini komen dari mata seorang peminat animasi dan aksi. Cewah.

Dari segi perincian grafik karakter memang best! Dari segi latar belakang, boleh dinaik taraf lagi untuk filem kedua nanti. Kalau ada la. Harap2 ada. Hehe.

Kualiti audio? Hmph! Taktau nak kata apa la. Tergamam aku. Best! Muzik latar, soundtrack masa lawan2 memang osem! Muzik sedih tu pun hampir2 berjaya meniup habuk masuk ke mata ku. Huhu.

Perkembangan cerita biasa la kan. Kawan kene culik, misi menyelamatkan pun bermula. Biasa la kan. Hehe. Sepanjang cerita ni, memang ade je jenaka mintak kaki Mr Papa. Ahaha. Memang lawak. Tahniah pembawa watak tu. Sesuai sangat. Hahah.

Yang paling aku suka adalah babak2 berlawan Boboiboy dan rakan2 menentang geng Tengkotak tu. Satu2nya filem animasi tempatan yang berjaya membuat aku tergamam,teruja dan tak senang duduk. Perasaan yang sama masa aku tonton Boruto last year. Best!! Walaupun boleh nampak pengaruh anime kuat dalam filem ni, tapi apedehal...bagi aku filem ni tetap berjaya!

Overall Boboiboy The Movie ni filem wajib tonton! Tak rugi weh!! Serius tak rugi support animasi tempatan yang ni.

Nota kaki: Masuk lambat 15 minit. Dah sampai babak Ochobot merajuk kat bus stop. Huh.

P/s: ada tukang cerita tukang repeat dialog pulak tadi. Couple gedik2.. . Mencik!