Saturday, October 17, 2015

KECOH DI TASIK TITIWANGSA!

Salam sejahtera,
Sabtu, 17 Oktober 2015. Seawal pagi dah mula kecoh di Tasik Titiwangsa. Penuh dengan orang ramai berkerumun di depan stage. Huish...ade ape pulak berkumpul ramai ramai ni?? Himpunan ape pulak dah?!
Rilek...hari ni (Sabtu, 17 Oktober) adalah hari terbuka bersama Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Macam-macam aktiviti ada bertemakan penjagaan dan memulihara alam sekitar. Abis aku buat apa? Yeah...aku bersama geng2 Doodle Dash join memeriahkan majlis dengan mengajurkan aktiviti untuk kanak2 dan dewasa. Merwarna dan mendoodle. Peh! Awal pagi dah ramai yg register!

Add capti


Hadiah2 yg disediakan pun boleh tahan. Memang havoc betul booth Zamzame Design tadi. Tapi semua dalam kawalan je. Ada jugak pertandingan mereka fesyen dari bahan recycle...mural...dan penutup tadi pertandingan karaoke. Amboi...sedap2 suara diorang. Kalah akademi fantusia. Hahaha.
Sebelum balik tadi sempat bergambar dengan orang kuat event ni. Terima kasih dato sudi bergambar. Sempoi la stay sampai habis.



P/s: Sebetulnye aku tak tau pun nama beliau. Tapi tetap tetamu kehormat la. Hehehe...*lariiii...


Tuesday, October 13, 2015

JUALAN MURAH HUJUNG TAHUN?

Salam sejahtera.

Dah tak lama nak ke hujung tahun 2015. Rasanya macam setiap tahun, banyak la kedai2, gedung2, toko2 jual macam2 barang akan buat SALE kaw kaw. Betoi kan? Ala..yang suke shopping mesti tau. Hehe.

So aku pun nak jugak join. Untuk permulaan ni aku bagi offer untuk baju doodle ni. RM30 JE! Murah ke ni? Ntah la. Harga biasa baju doodle RM25. Tote bag doodle RM20. Campur dua2 jadi RM45. Tu belum tambah caj pos lagi. Sekarang aku bagi RM30 je tak termasuk pos. Nampak? Kire la sendiri ye. Benda rare ni. Takde jual kat mana2 gedung pakaian hokeyyy...so CEPAT2 GRAB!

Thursday, October 08, 2015

ADA APA DENGAN INKTOBER?

Salam sejahtera,

Sejak dah berkecimpung dalam arena melukis ni, macam macam cara aku belajar nak improve skill melukis aku. Salah satunya adalah dengan turut serta dalam Inktober ni. Ape itu Inktober? Baca SINI . Jangan risau, ni bukan link ntah apa-apa. Ni adalah web kepada pengasas Inktober ni. Boleh baca penerangan ringkas beliau dan boleh tengok hasil karya Inktober beliau sejak dari mula Inktober ni dimulakan iaitu tahun 2009!!

Logo rasmi Inktober. Hakcipta terpelihara ni.


Aku dah join dari last year lagi. Tapi tak berjaya habiskan. Tahun ni aku nekad nak penuhkan sebulan dengan lukis setiap hari. Eh..bukan ke aku memang lukis hari-hari ke? Ye betul! Tapi dalam Inktober ni aku cuba melukis dengan lebih konsisten. Setiap hari 1 artwork. Tahun ni aku cuba hasilkan novel grafik. Kiranya macam ada dateline la untuk satu page. So aku lebih fokus untuk siapka. Paling best, penggunaan hashtag yang meluas satu dunia ni peserta berpeluang berkongsi dengan dunia artwork harian diorang. Cuba bukak instagram korang dan search hashtag ni --> #inktober #inktobermalaysia . Banyak!

Kat bawah ni antara artwork yang aku dah hasilkan sampai hari ke 7. Nak tau apa ceritanya boleh baca di SINI atau di SINI pon boleh. Mana-mana yang mudah. :)




Tu je nak share. Sekian.

p/s: pendapat aku, si pengasas Inktober ni betul-betul nak ramai lagi artis yang mampu menjana sesuatu dari minat yg mendalam dalam melukis ni. Bukan setakat hobi. Malah nak memeriahkan lagi arena kesenian INK ni. Cewah!