Sunday, August 23, 2015

MERIAH LA SABAH!

Salam sejahtera,

Entri ni sekadar nak berkongsi kegembiraan aku dikala orang lain gembira. Pasal apa? Tengok gambar dulu.

Cikgu Kwok namanya. Penolong Pentadbir sekolah.

Kami dah dapat baju!

Tayang sikit side sini.
Ok...tu lah dia. Baju baju tu hasil karya aku dan partner. Doodle yang aku hasilkan sebelum ni diorang mintak tambah sikit kat lengan tu. Tadaaa!!! Jadi la baju group aka baju kelas. Lawa tak? Ihiks!

Jauh perjalanan artwork aku ni. Ke Sabah tu weh. Banyak pulak tu kuantitinye. Alhamdulillah! Wakil dari student2 ni bagitau kawan2 dia tak sabarr nak pakai baju. So bila dah dapat tadi masing2 teruja. Alhamdulilla diorang puash hati. Sampaikan kelas sebelah pun jeles. Hehehehehe....

Berminat boleh terus inbox ke www.facebook.com/triglobeartstudio .


Sekian saja coretan mini ni. Hehehehehe


p/s: tengok baju diorang aku pulak teringin nak satu. Tunggu kawan2. Hehehehhe




Saturday, August 22, 2015

SEHATI SEJIWA

Salam sejahtera.

Tak lama lagi nak sambut Hari Kebangsaan ke-58 dah. Atau perkataan popularnya Hari Merdeka ke 58. Tahu tak ape tema tahun ni? Ye...SEHATI SEJIWA (betulkan kalau aku salah, jangan hentam). hehehe.
Okeh, sempena hari bersejarah tu aku nak kongsi DOODLE ART aku nih. Ni sebahagian daripada 'group challenge' untuk hasilkan doodle bagi menyuarakan isi hati masing2 tentang tema merdeka tahun ni, Jadi...ni lah hasil idea yang keluar dari otak aku.



SEHATI SEJIWA. Aku teringat cerita BUGS LIFE (1998) terbitan Disney PIXAR yang mana koloni semut yang ditindas oleh group gengster belalang tu. Yang penah tonton mesti tau kan kesudahan cerita tu? Ada antara skrip/dialog dalam cerita ni yang aku kaitkan dengan doodle aku ni. Antara...

1. Babak ni masa kantoi burung yang attack tu cuma burung buatan, idea si Flik ni..dan Flik kene belasah dengan Hopper.
Hopper: Let this be a lesson to all you ants! Ideas are very dangerous things! You are mindless, soil-shoving losers, put on this Earth to serve us!
Flik: You're wrong, Hopper. Ants are not meant to serve grasshoppers. I've seen these ants do great things, and year after year they somehow manage to pick food for themselves *and* you. So-so who is the weaker species? Ants don't serve grasshoppers! It's *you* who need *us*! We're a lot stronger than you say we are... And you know it, don't you?

2. Babak ni masa geng Hopper tengah santai-santai lepak, timbul isu 'kenapa nak patah balik ke pulau koloni semut tu' dengan alasan mereka (semut) cuma makhluk kecik je. Hopper benamkan 3 ahlinya di bawah timbunan bijian. Lalu berkata...
Hopper: You let one ant stand up to us, then they all might stand up! Those puny little ants outnumber us a hundred to one and if they ever figure that out there goes our way of life! It's not about food, it's about keeping those ants in line. That's why we're going back! Does anybody else wanna stay?

So, dari sini la aku simpulkan dan kaitkan tema merdeka tahun ni dengan doodle aku. Kumpulan semut iaitu kita rakyat, atau dalam doodle ni aku gambarkan kumpulan penggiat seni (sebab pegang pen lukis), bersatu bersama mengibarkan jalur gemilang yg mewakili Negara. Menentang yang tak betul. Tapi ia sekadar cakap-cakap je la. Kalau betul rakyat ni bersatu macam semut semut tu, yang BESAR pun boleh tumbang. Cuma masing masing kena main peranan la kan.

Sori la ye. Agak panjang sikit entri kali ni. Hehehehe....cuma nak kongsi pendapat. Kalau nk diikutkan banyak lagi yang nak disampaikan. Cuma taknak sentuh sensitiviti pihak tertentu pulak, kan? Paham2 je la. Cuba tengok BUGS LIFE tu dan cuba serapkan dengan situasi NEGARA kita sekarang ni. Pikir dalam2 sikit, dan korang akan dapat tangkap maksud yang aku cuba sampaikan dalam entri ni. Hehehe....

p/s: aku bukan pakar dalam berkata-kata, tak pula hebat dalam debat. Jadi ringkas ringkas je la, asalkan dapat difahami. Tak paham boleh PM kat FB www.facebook.com/rizal.paperbaghead
.

Sekian.


Monday, August 17, 2015

LUAHAN HATI DI GALERI SHAH ALAM

Salam sejahtera,

Sempena bulan kemerdekaan ni, Galeri Shah Alam bersama Doodict anjurkan event dengan tajuk DOODLE MERDEKA SEHATI SEJIWA. Event ni diadakan pada 16 Ogos 2015 dari jam 10 pagi sampai jam 4 petang. Ada pertandingan mendoodle di atas drum kayu dengan cat minyak yang diserta 4 wakil IPT dari UiTM, Kolej Komuniti Shah Alam, MSU dan KLMU.

Aku pun join skali dengan geng geng doodle lain mendoodle di atas kanvas panjang untuk membentuk JALUR GEMILANG. Aktiviti dibuka untuk orang ramai sama-sama meluahkan isi hati dengan mendoodle atas kanvas tu. Di sini aku share sikit gambar-gambar yang sempat aku capture masa aktiviti mendoodle jalur gemilang dengan henpon Samseng Mega dan dari sumber-sumber lain. Enjoy!


Masing-masing tekun mendoodle.





Masa ni silau sangat. Agaknye la...hehehe

Ni kononnya nak ambik gambar melompat tapi...

Hasilnya...memang panjang. Huh~

Banyak lagi gambar tentang event ni. Boleh tengok kat sini ----> Doodict atau di sini jugak ----> Galeri Shah Alam.

P/S:Kalau nak aku upload alamatnya panjang berjela la. Nanti malas pulak korang nak scroll...sebabnya semua ada muka kacak ku ini. Hhahahahaha....

Kena banyakkan lagi aktiviti-aktiviti macam ni di Galeri Shah Alam ni supaya galeri ni 'hidup' semula. DAN memupuk rasa cinta dan sukakan SENI di kalangan rakyat Malaysia dari peringkat usia muda. Takde la dok mengadap GADGET je!




SAYA SUKA SENI! ANDA?



Friday, August 14, 2015

MUDAHNYA DENGAN SHOPEE!

Salam sejahtera,

Rasanya dah banyak cara peniaga nak jual produk secara online sekarang ni. Daripada Insta sampai la ke Fesbuk. Terbaru, aku jumpa Shopee .

Ni la rupe kedai online aku.

Antara barang yang dijual. Yes...produk seni. Hehehe

Nak kata jumpa tu tak jugak. Kawan rekemen. Hehehe...
Satu aplikasi jual beli di henpon je. Bagi aku ianya simple je. So far OK je. Nak guna senang je. Just download dan install. Then macam biasa la. Browse item yang nak dicari dan follow je step yang diberi. Dan cara pembayaran pun boleh guna online bank in atau melalui ATM.

Aku start daftar bulan Jun, tapi baru start jual penghujung Julai. Yelah, nak siapkan produk dulu kan. Nak tau apa yang aku jual boleh check kat Rizal Art Booth. Kalau tak kena dengan citarasa, share la bagi kawan kawan yang suka tau. Orang kata jangan makan sorang. Eh....ape kaitan ntah. Hahaha

Kesimpulannye, beli atau share. Yang pasti kene try baru boleh komen. Hehehehe...

P/s: Minggu pertama mula beroperasi dah dapat sikit jualan. Alhamdulillah...


Sekian.



Thursday, August 13, 2015

DOODLE GLC OPEN DAY KLCC

Salam sejahtera.

GLC OPEN DAY. Menghimpun kan kompeni kompeni besar dalam satu event. Kire macam hari kerjaya la gitu. Para graduan yang nak cari keje yang sesuai dengan jurusan diorang atau yang diorang minat boleh cari kat sini. Camtu la lebih kurang.

Aku kat sini buan nak cari keje tapi buat keje. Keje aku ialah melukis. Yeah...lukis dinding. Kira mendoodle kat dinding seluar 5x50kaki. Besau! Selama 3 hari ni la aku menahan kesakitan kaki. Mane taknya..kejap bediri..duduk..melutut..membongkok..mengiring...macam2 la posisi nak melukis. So..taknak cakap banyak...just enjoy je gambo2 yang ada. Nak lebih next year pegi sendiri. Hehe








Paling best dapat bergambo ngan Fara Fauzana. Pewiittt...

Diakhiri dengan jamuan makan2.

Kesimpulannya...sepanjang 3 hari event ni, walaupun penat tapi puas hati. Seronok!


*balik terus sapu minyak panas kat kaki. Sakit wooo....ahahaha