Wednesday, May 20, 2015

TERIMA KASIH!

Salam sejahtera.

19 Mei. Kenapa? Yea...birthday aku yang ke...teettt! Hahaha. Sepanjang hari aku terima banyak ucapan dari kawan kawan yg aku kenal dan juga dari kenalan yg hanya di alam maya. Belum pernah pun bersua muka. Satu hari nanti, Inshaa allah. Terima kasih banyak atas ucapan dan doa kalian.

P/s: Adakalanya bila terasa seperti kesunyian, ada juga peneman.

Monday, May 11, 2015

BUKU MEWARNA SIRI 1: BUNGA & MONSTER

HARGA: RM20.00
POSTAGE: RM5.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA)
POSTAGE: RM6.00 (SABAH & SARAWAK)   

MUKA DEPAN


CONTOH HALAMAN.

Buku mewarna 10 jenis bunga-bungaan yang dilukis beserta info mengenai bunga-bunga yang terdapat di dalamnya. Juga ditambah dengan monster-monster yang comel buku ini sesuai untuk diwarnakan oleh semua peringkat umur.

UNTUK PEMBELIAN:
CALL/SMS/WHATSAPP: 013 - 616 0622
EMAIL: triglobedynasty@gmail.com



''SAYA SUKA SENI, SAYA MAHU ANDA JUGA MENYUKAINYA''

TERIMA KASIH


BUKU MEWARNA UNTUK DEWASA?!

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menyiapkan projek buku mewarna pertama dengan tajuk "Bunga dan Monster". Tapi, kenapa untuk dewasa? Ahah...sebabnya, lukisan yang aku hasilkan ni agak detail. Banyak yang kecil, tapi tak perlu pun nak ikut warna sebenar dia apa. Sebabnya, ia cuma monster je. Objek utama dalam buku ni ialah bunga-bungaan. Tengok la sikit preview kat bawah ni.

Rupa muka buku mewarna.

  Bawah ni salah satu bunga dari 10 jenis bunga yang biasa kita lihat dalam malaysia ni. Disertakan dengan sedikit penerangan tentang bunga-bunga yang ada dalam ni. So, ianya dapat beri serba sedikit pengetahuan untuk kita. Sambil mewarna, sambil menimba ilmu. Ewah. Hehehe....
Antara isi kandungan.
Orang kata, banyak buku mewarna untuk dewasa yang dah ada di pasaran sana. Tapi kenapa dewasa? Orang kata lagi, dengan mewarna lukisan-lukisan ni dapat menguangkan stress...dan yang selalu stress ialah siapa? Orang dewasa. Baca kat SINI. (sikit penerangan. Tapi dalam english la. Nak translate malas. Bahahaha).

Ape ape pun, aku sangat berpuas hati dengan hasilnya dan pada waktu ini, cetakan kedua akan mula. Alhamdulillah cetakan pertama dah selamat di'rembat'. Hehehe....

Kalau nak beli boleh ke SINI. Terima kasih.


p/s: siri berikutnya ialah...




Tuesday, May 05, 2015

BILA BERJUMPA IDOLA SENI DOODLE!

Salam sejahtera,

Alkisahnya pada hari Khamis 30 April 2015 yang lepas, aku dapat berjumpa dengan idola dalam bidang doodle ni. Namanya Kerby Rosanes dari Filiphina. Dia datang ke Malaysia ni antara sebabnya ada urusan dan ofkos lah nak bertemu peminat doodle dia di Malaysia ni. Aku adalah salah seorang dari ramai ramai yang datang jumpa dia di Tropicana City Mall.

Aku datang bersama dengan geng geng group Doodle Malaysia - Do You Doodle? . Aku sampai agak lewat sikit. Tapi kawan kawan cakap Kerby ni tergamam sambil tersipu malu bila yang datang lebih dari 50 orang sekali gus. Jangkaan dia cuma 5 atau 6 orang camtu je. Haa...tak sangka dia ramai peminat dia kat sini. Hehehe.

Masa tengah beratur nak mintak sign, tangan berpeluh. Jantung berdebar. Yelahkan...nak jumpa idola...hehehe. So...gambar2 kat bawah ni adalah antaranya. Banyak sebenarnya, Tapi asik muka aku je kang jemu pulak orang nak tengok. Bahahaha!


Dia pegang artwork yang aku bagi. Wehuu!
 
Say PEACE!
 
Atas: Signature dia. Bawah: Poskad dia yang dah di autograf. Tapi kat belakang. Hehehe  


Bergambar ramai ramai dengan dia dan geng Doodle Malaysia
  
p/s: Kata Kerby, dia akan datang lagi ke Malaysia nanti. Time tu group kami akan anjurkan sesuatu supaya peminat Doodle lain dapat join ramai ramai. Meriah gitu!