Friday, November 28, 2014

Oh..yeah...PUAS!

Lain macam pulak puasnya tu. Hehe. Jangan pikir lain...bukan apa apa pun. Sila rujuk gambar. Nampak kan? Kanvas bersaiz 60 x 80cm akhirnya berjaya aku conteng..dan berpuas hati dengan hasilnya. Puas betul bila perkara yg kita buat sikit sikit akhirnya siap juga. Tak caya? Try! Lama woo...nak siap ni...hehehe...
Tajuk: FOUR ELEMENTS - THE HIDDEN OWL.
Size: 60 x 80cm cotton canvas.
Medium: Sharpie Stained, Watercolor & Berus.
Price: ××××

Tuesday, November 25, 2014

Peminat dari luar Negara?

Salam sejahtera.
Sejak darjah dua lagi aku dah minat melukis. Sampai sekarang. Macam macam aku dah lukis. Cuma, yang sekarang ni aku agak giat melukis Doodle. Join group Doodle. Selalu...ermm..jarang jarang post artwork. Share kat fesbuk & instagram. Nak dijadikan cerita...ade sorang awek dari luar negara, yang meminati tema doodle aku. Dari mana? Rusia habaq hang...sapa tak tersipu malu...hehehe...
Gambar ni screenshot dari ig dia. Dia review ig aku utk kali kedua dah. Segan aku. Huhu. Aku bukan nak bangga atau org putih cakap 'showoff'. Just nak share dan nak bagitau...kalau kita minat sesuatu...buat sampai berjaya. Well...aku pun tak la berjaya lagi. Mungkin boleh kata berjaya memikat hati peminat seni doodle ni. Heeee....angan mara la...ayat kita agak musnah tatabahasanya. Hahaha....
Boleh check instagram dia kat sini - Alena Light
P/s: ianya menjadi pembakar semangat!!