Saturday, August 30, 2014

Bila jejaka berkebun.

As salam...siang tadi punya cerita...

Dihari raya, terkenang daku kepada si dia...eh eh...ha...dihari nan indah ini, moh kite berkebun. Buat keluar peluh sikit sikit jadilah... . Bukan nak kata aku ni rajin, cuma isi masa lapang yg banyak terluang ni je. Org kata, berbudi pada tanah. Lagipun dah lama tak bercucuk tanam.

Bila dah lama tak pegang cangkul ni, baru dua tiga kali hayun dah ketar tangan. Tanah pun keras berbatu pasir bagai. Siap plastik2 lama pun ada. Ape yg seronoknye berkebun ni? Time ni la aku dok belek pokok itu, pokok ini...sambil bertanya sendirian..."pokok apakah ini...?". Nampak tak?

Cangkul2 jumpa benda2 lama yg tertanam. Jumpa benda pelik2. Cangkul lagi jumpa tempat di mana tanahnya elok utk berkebun. Padahal sebelum ni cuma tau org cakap "tanah kat sini tak elok nak bertanam..". So, rajin2 la berkebun lepas ni. Keliling rumah je pun...hehehe...

P/s: jangan berkebun sambil main henpon. Mcm2 nak di shoot.   

Komikkan aktiviti harian.

As salam...
Terima kasih daun keladi kepada saudara blogger.. Akhirnya aku telah menjumpai aplikasi android yg memang aku nak cari. "PICSAY". Yes...say it! PICSAY! Haha...
Aku tau aplikasi ni dah lama & ramai yg dah guna. Memang tak boleh nak buat ape la kalau aku ni memang slow bab2 ni. Heh~ So lepas ni akan menjadi-jadi la keseronokan aku meng'komik'kan setiap imej yg aku shoot, download, shoot curi2, blutut & bla bla bla...byk lg la sumber2 nya.
Pengajaran yg aku dapat dari kejadian ni, jangan segan nak bertanya. Kalau ade nak tanya, kena terus tanya takut nanti lupa. Macam aku. Haha...
P/s: real life comic on their way. Huhu...


 Akan menyusul tak kira masa...

 

Mengimbau kenangan silam!?

As salam...
Aktiviti yg pasti buat masa kecik kecik dulu. Sampai la meningkat remaja... MEMANCING!. Pantang ade masa terluang, habis segala ceruk sungai, paya, lombong sampaikan kolam pun aku redah. Minat punya pasal. Cuma bila dah meningkat umur ni makin slow...rasenye dah tak usik pun joran. Nak redah sungai, paya, lombong...jauh skali. Huh!

Baru-baru ni aku singgah ke kedai peralatan memancing sbb nak beli 'tangguk' ikan. Bukak je pintu...mak aih. Semacam je rasa. Teruja tak hengat!!! Banyak! Memang banyak! Rambang mata weh! Tapi setakat cuci mata je la. Huh~ sedih. Aktiviti masa lapang yg terpaksa aku lupakan sekarang. Apa boleh buat, banyak komitmen lain.

Bila sesuatu yg kita suka buat & hari-hari buat terpaksa dilepaskan...hmmm.... . Perasaan bila setiap kali lalu jambatan, jenguk ke bawah nampak kelompok ikan...hmmm....

Wednesday, August 20, 2014

Tak Menang Tangan!

Dulu, bila siap je bengkel ni tak pernah terfikir pun akan jadi macam ni. Bengkel siap sebelum Ramadhan. Sekarang dah Syawal. Alhamdulillah rezeki masih memenuhi periuk nasik aku & partner. Sampai tak menang tangan nak siapkan tempahan. Kerjanya memang penat tapi...sangat seronok. Ape tak nya, benda yg dibuat terhasil dari imaginasi & impian...eceh! So, kena usaha lagi sampai dapat tender ribu riban! Haa...pasang dulu angan-angan...kerana angan-angan boleh jadi kenyataan! Aku dah mengalaminya!


I love pink!
                                            
List order. Tulis dalam diari je ha..

 Jom support local biz! www.facebook.com/triglobeartstudio


Monday, August 18, 2014

Buat apa tu?

Nampak tak? Dah jam berapa tu tapi aku tak tidur lagi. Lagi pulak duduk depan komputer. Haa...jangan fikir yg bukan-bukan. Bagi orang seni...(eceh!), idea datang selalunya time-time camni. Apa lagi. Start kerja. Ok. Bye.