Wednesday, May 28, 2014

JOM SINGGAH!

Salam sejahtera...

Ambil masa sikit. Jom singgah ke blog ni.. >> sayanghannah. Kepada peminat dan mencari Jubah Abaya boleh follow ya. Misi mereka ialah 'Fesyen Mengikut Syariat'. Nak membantu wanita Islam kita dalam menjaga aurat mereka dengan betul dalam berfesyen. InsyaAllah~ Semoga dipermudahkan...

LOGO



Antara Produk yg ada.
Jadi tunggu apa lagi. Ajak kawan2 semua. Follow mereka. Sebarkan semangat mereka. InsyaAllah...

Follow mereka di:

twitter: @love4_hannah



Saturday, May 24, 2014

SHARING IS CARING

Salam sejahtera...

Hari ni nak kongsikan lokasi untuk tidak menyihatkan badan anda. Diharap kepada yg sayangkan badan sila jangan ikut ya...(amaran telah diberi. Segala keputusan yg anda buat adalah tidak akan ditanggung oleh penulis.) Hehehehe....

Roti Canai
Semua kenal semua tahu. Mana2 pun ade jual roti canai. Tapi tak semuanya sedap. Ni aku nak share tempat yang aku jumpa yg menghidangkan roti canai yg gebu, garing, lembut...hmph! Sedap! Takyah cicah kuah pon sedap! Kari dia sama je mcm tempat lain...cuma fokus utamanya ialah ROTI CANAI tu. 


Mi Kari
 Sebagai penggemar MI KARI, aku bagi 4 bintang. Rasanya cukup. Macam2 bahan tambahan ada. Ada yang biasa, ada tambah kaki ayam, ada tambah telur puyuh...macam2 la. Harga pun tak le mahal mana. Mampu lagi la. Biasalah...harga gerai2 tepi jalan...

Gerai MI KARI
Nah! Camni je keadaan gerai. Aku shoot gambar gerai mi kari sambil makan roti canai. Kalau singgah ke pekan lama Sg Besi, tanya je orang kat mana KK Mart. Kat situ je la lokasi yg aku share ni. Tapi ingat...kepada yg biasa makan kat restoren berhawa dingin tu...tahan la diri tu ye. Bagi aku ok je. Tak berbau, tak kotor mana. Standard la makan kat gerai tepi jalan...

p/s: Suka boleh singgah. Kalau takut kasut mahal tu kotor takyah la singgah..pegi je makan kat tempat mahal2 yg rasanya sama je mcm masakan gerai tepi jalan....dan jangan makan kalau nak diet. Wassalam.






Tuesday, May 20, 2014

SUKA HATI ATAU HATI SUKA?

Salam sejahtera...

Senang je nak cerita. Seseorang yang aku dah lama follow telah sempat wish birthday kat aku baru2 ni...wehuuu... . Beliau bukanlah orang kenamaan atau berpangkat. Beliau cuma orang biasa saja yang punya keluarga dan juga peminat yg ramai. Aku suka pada bahan atau info yg beliau kongsikan. Cara penyampaian yg bersahaja & kekadang tu boleh tergelak sorang2. Hehe.
Mungkin kebetulan saja beliau ternampak notification tu. Tapi...ade aku kesah. Bukan senang nak dapat. Hahaa... . Tambahan pulak aku cuma insan kerdil yg tak popular mana pun. Ibarat serpihan kaca di longgokan berlian. Halamakkk!! Hahahaha...

Nampak tak kegembiraannya di situ?
Ape pun terima kasih lah kepada beliau kerana ternampak notification birthday aku tu. Nak tau siapakah beliau? Haaa...

p/s: sekadar berkongsi. tak ada pun terniat nak mengangkat sesorang itu lebih tinggi darjatnya dari yg Esa. 

------------------------------------------->belum bagitau sape ye? Nantilah aku bagi tau...tunggu....


Monday, May 05, 2014

NIKMAT HIDUP DI KAMPUNG

Salam sejahtera...

Tahukah anda ape itu KERDAS? Yang aku tau ia cuma sejenis ulam yg seangkatan dengan jering & petai. Kenape? Sebab ianya berbau...bauu...sangat. heh. Kalau yg tak biasa makan mesti akan reject bulat2. Bagi aku yg dah lama kenal...ianya adalah penambah selera makan. Hehehe... 

Kerdas ni sama je macam jering. Cuma kecik2. Tapi rase dan bau setanding 'jering akar'. Kerdas ni bermusim. Memang susah jugak la nak cari kan. Tapi bila sampai musim dia...hm! Aku bedal mcm makan nasik. Setiap suap sebijik. Hohoho...tambah selera bila pekena dengan masak lemak cili api. Tapi yg dalam gambar ni dipanggil 'sambal tahun'. Aku pn tak tau kenapa. Nenek aku ckp sambal ni boleh bertahan lama. Dengan syarat perangat selalu. Takde isi spesel pn. Just lengkuas dan cili api je. Sedikit bahan lain mcm kerang or ikan bilis. Pedas memang pedas...tapi tetap nak makan. Heheh....
Dah terliur pulak. Nak makan dulu lah... sambal tahun+kerdas=NIKMAT! Hehehe...

 

  P/s: ini bukan makanan kesihatan. Sila hindari diri anda. Hahaha...