Friday, February 28, 2014

IKLAN GAM GAJAH!

Salam sejahtera...
Nak beriklan kejap malam ni. Doodle yg RARE! Hasil karya dari anak watan yg berbakat! Check it out!


Kalau nak order sila2 la...
Email: triglobedynasty@gmail.com
Whatsapp: 016-967 7337 / 013-616 0622

Tq~~



Tuesday, February 11, 2014

UJI KESABARAN ANDA!

Salam sejahtera....

Aku rase ramai yg tengah main game android Flappy Bird kan? So? Berapa rekod korang? Berapa lama korang ambil nak pecahkan rekod atau nak capai rekod tertinggi yg boleh? Hahaha...mesti ramai yg geram kan?
Aku pun ape kurangnye. First try dapat 1. Dua tiga kali dapat 2. Berkali-kali dapat tekanan darah tinggi. Hahaha... . Yelah. Biasanya game ada 'life' a.k.a peluang lagi. Mcm Candy Crush kan ada lima. Tapi yg ni tak ada. Sekali kau langgar GAME OVER! Hangin je. Bila ade member upload screenshot rekod diorang...pergh! Hebat kau. Sampai 100++. Memang tinggi tahap kesabaran dia. Aku? Hm....
 
Ni tahap tertinggi aku. Heh~
 Ape pun...game ni memang nak menguji tahap kesabaran player. Nak uji momentum sentuhan jari masa nak bagi burung tu terbang. Terlajak perahu boleh undur, terlajak tap GAME OVER!. Hehehe...
Kepada yg belum main, pinjam2 la kat kawan2 yg dah download sebab rasanya kat playstore dah tak ada game ni. Hehehehe...GOOD LUCK!

P/s: bahasa yg aku guna sangat rojak pasar. Sila jgn guna utk kegunaan rasmi. Dan harap2 ada yg faham. Hehehhe....

Monday, February 10, 2014

BAHANA BERMAIN HANDPHONE!

Salam sejahtera...

Pada satu hari yg aku pun tak pasti bila. Siang atau malam...aku sedang berjalan sambil bermain handphone. Main game tak silap. Sedang aku berjalan tiba-tiba aku terpijak sesuatu. Aku berhenti lalu aku pandang ke bawah. Oh tidakkk...aku terpijak seekor anak kucing yg sangat kecil... dengan tiba-tiba aku terus terjaga dari mimpi ngeri itu.... Hehehe...

P/s: jangan suka sangat tidur petang. Jangan mara haaa.... >___<

Thursday, February 06, 2014

BUKAN SELALU PUN...

Salam sejahtera...


Masa sekolah dulu suka betul bila sampai masa nak bergambar untuk majalah sekolah. Seronok nye macam artis. Hahaha... yelah...bukan setakat ditatap oleh ahli keluarga, tapi semua kawan2 sekolah dan keluarga mereka. Kan ramai tu yg kenal? Hehehe...


Tapi bila dah tua2 ni...segannya tak hengat. Kalau boleh memang taknak pon muka yg super perasan hensem ni diambil utk paparan dalam surat khabar. Walaupun setakat watak sampingan kan...tapi segan tu memang tebal. Hahahaha... dengan selekehnye...tak berdandan ape semua tetiba nak diambik gambarnya..waduh2...


Pose skit konon2 sibuk sangat. Kah kah kah kah...!
 
Nasib baik la diorang pilih yg ni. Side tepi. Tak nampak la sangat macam aku kan? Hehehe... Tq kakak fotografer dan kakak editor. 

p/s: lepas ni, aku kena pakai lawa2 la. Mana la tau terkena lagi skali camni kan. Itu jam kalu...kasi pose maut la...hahahaha....



Monday, February 03, 2014

AKU KEMBALI!

Salam sejahtera...

Lama betul aku menghilang dari berblogging. Heh~ Hari ni buat kemunculan semula dengan menyertai GA. 
Sori sangat2 kepada rakan2 blogger lain yg singgah ke blog aku ni, tapi aku tak balas kunjungan. Huhuhu T^T...

Sejak dah mula jaga butik a.k.a bekerja sendiri ni jadual agak kucar kacir. Yelah...siang nak melayan custmoer yg berkunjung ke butik. Malam...melayan customer online pulak. Haih~ Terasa jauh je dengan komputer ni. ON sebab nak buat report sale dengan design iklan je. Tu pun tak sempat nak buat benda lain.
Lagi2 aku dah tak punya masa nak melukis dengan kerap. Aku tak boleh nak buat 2 kerja dalam satu masa. Kalau nak melukis, kena melukis je. Takleh buat benda lain. Kang entah ape2 jadi. Mood pun mula hilang...lalu terus aja ke perbaringan...hahaha....

Doodle luahan hati~ huhuuhu

Komik pendek yg over. Hehehe...

Alhamdulillah...sekarang macam dah ok skit...kot. Hehe. Ada la skit masa nak update blog walaupun entry yg ntah apa2. Hahaha...

p/s: sedikit cemburu dengan orang yg multitasking ni. huh~



2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.


p/s: Aku dah join. Korang bila lagi? Hehehe...