Thursday, May 30, 2013

Kurang atau tiada langsung?

Salak selatan. Mane la transport awam ni? Ada pun sebijik dua je. Nasib je la kalau dapat satu. Tu pun ketuk kaw2. Kejap 10 ringgit, kejap 15 ringgit, kejap 20 ringgit. Agak-agak la...meter ade apasal tak guna? Cissss!!!!!!

Suspen!

Pertama kali nak masuk mahkamah. Walaupun just sebagai saksi pun..debaran nye terasa amat. Hahaha... harap-harap kes selesai hari ni. Kalau tangguh lagi susah aku nak cuti. Haish~

Sukee tengok budak kecik..

Comel-comel budak-budak kat sini, Taska Seri Perdana di mmu. Tak takut pun dengan orang luar. Tapi...yang peliknya anak buah sendiri takutkan aku. Melalak mcm tengok hantu. Haish...pelik aku. Heh...

Nature call la pulak...

Perkara biase bagi aku bila dalam keadaan gemuruh. Ada...je yg tak kena. Elok tengah tunggu teksi la boleh sakit perut. Dengg...! Ni kecemasan dah ni...aduiiyaii...

Wednesday, May 29, 2013

Kucing pun turun padang!

Nasib baik aku tak tengok bola malam tadi. Yang aku dapat tau cuma ada kekecohan je. Dan yang paling penting aku dapat tau jugak ada makhluk yang bijak mengambil peluang untuk turut serta memeriahkan kekecohan malam tadi. Hahahaha~ memang klakar bila dengar orang cerita..berak la meow...padang tu luas...hahahaha~

Monday, May 27, 2013

Komplen jee...

Bila panas, "aduii..panasnye lah..bila la nak hujan..?".    
Bila hujan, "alamak..hujan memanjang je ni..bila la nak benti..??"
Haih~~~
Like >> www.facebook.com/tnichijou

Sunday, May 26, 2013

Ada apa dengan Running Man???

Ada apa dengan gambar mereka ni. Ia cuma sebab aku minat dengan rancangan ni;Running Man. Salah satu variety show yang aku follow setiap episod sebab ianya menghiburkan. Bukan setakat game yang diorang main, tapi seronok tengok kerenah mereka. Kalau la apa yang dipaparkan dalam rancangan ni ada di sekeliling aku, kan bahagia je rasa. Point aku cuba sampaikan adalah cubalah berbahagia dengan orang sekeliling kita. Tak semestinya mereka itu keluarga kita. Kebahagian boleh dikecapi di mana-mana saja kan...??

Like >> www.facebook.com/tnichijou

A SMILE FOR YOU

Hello~ See how big my smile is?? That means I'm very happy...so...so..so...happy. Don't know why...hahaha
So, all of you must be happy too. Someone said ''when you smile I smile. Smile makes you look younger''....
LET'S PUT A BIG SMILE ON YOU FACE...NOW!
p/s: smile always~

Like >> www.facebook.com/tnichijou

Saturday, May 25, 2013

Siapa kenal Pororo????

Minat tengok running man pnye pasal la aku beli natang ni. Pororo namanya. Watak penguin dlm rancangan kanak-kanak di Korea. Aku yang beli...jadi...aku kanak-kanak lah. Heee.... Pororo ni dikaitkan dengan sorang ahli Running Man, HaHa namenye. Jgn tanye kenape, cume aku minat je. Dan please...jangan pikir yang negative. XD....

Ikut kata hati...?

Adakah menurut kata hati selalunya membinasakan? Tapi kenapa org selalu tnye, "apa kate hati kau?"..
Explain please...=__=]"

Berdengkur macam enjin lori.

PaperbagHead (@rizal_paperbag) tweeted at 1:00 AM on Sat, May 25, 2013: Salah satu punca tidur berdengkur ialah KEPENATAN. Ada sebab lain? (https://twitter.com/rizal_paperbag/status/337976418828943360) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download

Friday, May 24, 2013

Seharian kat rumah???

Aktiviti sampingan harian bila cuti:
1) Update status FB
2) Melukis
3) Tido
4) Ulang balik dari no.1 sampai waktu tidur malam dan bangun esok hari pergi kerja.
Wah~~~ gila syok~

Tuesday, May 21, 2013

Tertinggal la pulak...!!!

Pagi ni, 21 may...aku bangun macam biasa. Bersiap-siap nak ke tmpat kerja. Aku keluar rumah jam 7:45 pagi. Aku msti sampai sebelum jamp lapan. Alhaldulillah...jalan tak sesak awl pagi ni. Sebabkan aku rasa masih awl lagi, aku tak pecut moto nak cepat sampai. Sesampainya aku sampai, aku raba kunci yang tergantung di seluar. "ALAMAKKKKK!!!!" kunci kedai terlupa la pulakkk!!!!!!! Memang bengang gila time tu. Ape taknye kalau masa dah tinggal 6 minit sebelum waktu kerja. Staf2 lain dah tunjuk muka kelat. Dengan pantas aku balik nak ambik kunci...penyudahnya...aku lambat masuk 7 minit. Nasib baik la rumah aku pun tak jauh mana dari tempat kerja. Haih....

Saturday, May 18, 2013

Di mana orang Malaysia?

Kenapa orang tempatan taknak kerja? Memilih kerja? Demand tinggi? Tapi kerja hampeh! Kemudian komplen kata tak ada peluang pekerjaan. Bila import pekerja luar, kita pula komplen kenapa tak bagi peluang kat org tempatan? Bila dah import pekerja, kenapa pula ada majikan yang tak menjaga kebajikan mereka? Jadi, pada siapa kita nak tuding jari?

Dah nak berak baru nak buat jamban?

Aku selalu terkena ngan ayat ni. Terutama dari bapak aku. Hari ni aku pulak yang cakap kat staff aku. Tapi malangnya dia tak faham langsung. Maklumla, bukan melayu. Mana aku tak bengang, mintak aku orderkan barang yang dah habis. Ok lah. Tak apa la. Tapi bila dia cakap nak urgent, aku hangin la. Bukan nya barang tu akan dihantar cepat. Tak kira la aku remark besar2 perkataan "Urgent" pun takkan cepat hantar punya. Lagi pulak aku dah pesan dari dulu, pastikan order sebelum barang habis. Memang tak paham bahasa.!

Friday, May 17, 2013

Memang orang kita

Hari ni aku ke KL dengan menaiki transport awam. Dari rumah ke Sogo ambil masa sejam je. Aku gerak balik jam 5:30 petang. Sampai rumah jam 7:30 petang. Jauh kan beza? Sebabnye:
 1) Masa aku nak balik, orang lain pun baru keluar opis masing-masing.
2) Aku terlepas KTM pertama kerana menjawab panggilan telefon.
3) Aku terpaksa skip 2 buah bas sebab dah crowded sangat.
4) Aku terpaksa turun balik sebab tak ada duit kecil, driver halau turun.
5) Dari jalan utama nak masuk ke rumah agak jauh, dan aku berjalan.

Di antara kesemua sebab-sebab di atas, aku langsung tak kisah kerana ia adalah perkara lumrah orang Malaysia. Cuma aku cukup terasa bila kena halau turun. Bukan besar mana pun duit aku. Rm10 je. Dan ramai yang beratur belakang aku nak naik yang ada duit kecil. Kenapa tak suruh aku tunggu sementara driver kumpul duit kecil sebelum dimasukkan ke dalam tabung duit? Alasannya nak cepat? D'oh~
Pengajaran untuk aku...''sediakan duit kecil secukupnya''...

Kalau taknak ambil penumpang...

Hari ni aku nak ke KL naik transport awan. Cuma aku tak faham, kenapa bas yang taknak ambil penumpang tak letak signboard apa pun? Nak kata dah habis waktu kerja jam baru pukul 3:49 petang. Nak kata bas rosak, nak pergi repair kenapa ada lagi penumpang? Padahal bas ni dari hentian paling hujung kat area ni, menghala ke bandar. So, ape cerita ni?

Thursday, May 16, 2013

Kualiti Air Tak Elok?

Sejak akhir-akhir ni, air paip semakin teruk keadaannya. Pelan hari pelan gelap pulak dah. Tak jernih macam sebelum ni. Aku tak tau la apa puncanya. Ada pembaikpulihan ke? Atau sebab cuaca? Atau salur paip berkarat yang menyebabkan air semakin hari semakin keruh? Kalau kata paip utama taman di area rumah aku ni yang karat, takkan pulak rumah yang jauh dari rumah aku pun turut sama ''terkotor''?? Haih~~ nak buat minum pun tak lalu. Harap-harap keruh air ni tak lama la. Susah gak nanti kalau hari-hari nak beli air botol..

-rizal paperbag head-

Belian Online!!

<<<Bukti pembayaran aku telah membeli sesuatu secara online. Pertama kalinya aku beli. Tak tau sejauh mana kesahihannya. Tapi takpe lah. Nilainya pun cuma rm10 saje. Tak la rasa terkilan sangat. Ape salahnye buat sesuatu yang baru...kannn...?

-rizal paperbag head-

Ada duit pun mencuri?

Alkisah. Masa aku menulis ni, aku berada di sebuah pasaraya di puncak alam nak jumpa kawan. Sekumpulan remaja ditangkap mencuri 2 keping coklat jenama Kadburi. Dikenakan caj 10 kali ganda. Tak mampu bayar. Dalam poket masing2 cuma ada rm17. Lbih dari cukup utk beli 3 coklat. Skarang nah...malu dapat coklat melepas. Haih...budak2 zaman skarang...memalukan betul...

Shit happends!

Cakap English nye macam tu la.  Dalam bahasa melayunye 'malang tak berbau'. Mana-mana boleh berlaku kemalangan. Kecil ke besar. Di tempat tidur yang dirasakan selamat pun boleh berlaku. Nah! Malam tadi aku dah saksikan sendiri. Nampak cedera kecil, tapi kena 19 jahitan. Sedikit isi perlu dibuang. Bagi mangsa dirasakan tak teruk, tapi bagi aku yang memang ngeri tengok benda-benda macam tu, dengan pantas aku toleh. Seram je tengok isi  darah melimpah keluar tak berhenti. Eee.... so, peringatan bagi semua dan aku juga, hati-hati ketika nak tidur..'Shit happend!' Herr....

Memupuk budaya membaca

Banyak cara nak pupuk budaya membaca ni. Tak kira kat mana pun boleh membaca. Macam yg dlm gambar ni adalah di sebuah pasaraya. Menyediakan bahan bacaan percuma untuk pelanggan. Tak kira apa pun isi kandungan, asalkan ada baca. Sikit pun jadilah...

Wednesday, May 15, 2013

Potong gaji aku, aku potong kepala kau!

Kalau barang tu hilang, mintak la pada orang yg hilangkan. Kenapa mesti orang yg tak terlibat kena bayar ganti rugi jugak? Bukan mahal mana pun..setakat 300 je pun. Gaji kau dah cecah 4000 tapi kedekut nak mampus. Sebelum beli yg baru, kenapa tak mintak persetujuan dulu? Ni bila dah beli pakai duit sendiri, kai mintak pulak kat aku?! Jangan harap la...aku takkan bagi. Takkan aku nak bertanggungjawab atas kesalahan orang lain?! Puiiih!!

A scetch during a seminar.

My concentration only last for 15 minutes. The rest of the hour filled with yawning and "scetches". Boring...=__=]"

DAYA TAHAN MELAWAN MENGANTUK

Salam sejahtera...
Tentu korang pernah mengikuti ceramah kan? Tak kira la ceramah apa pun. Baru-baru ni aku ada turut serta dalam ceramah motivasi nak kawin. <3 Orang cakap kalau dapat penceramah yang 'ok' maka korang boleh bertahan lama mendengar. Tapi kalau dapat yang orang cakap 'slow'...alamatnya korang akan cepat dibuai mimpi. Cara nak mengatasi? Ada yang makan gula-gula, asam, minum air...dan bagi yang memang tak ada ilmu kebal tu, maka berdengkur lah dia. Hehehe...